awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guru 'one-off': SPP diarah segerakan pengambilan - Radzi Jidin

Astro Awani
Astro Awani
17/01/2022
07:52 MYT
Guru 'one-off': SPP diarah segerakan pengambilan - Radzi Jidin
Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Mohd Radzi Md Jidin berkata ia bagi membolehkan penempatan 18,702 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dibuat sebelum sesi persekolahan akan datang bermula. - Foto Facebook/RadziJidin
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) diminta untuk segera menyelesaikan pengambilan khas guru secara one-off.
Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Mohd Radzi Md Jidin berkata ia bagi membolehkan penempatan 18,702 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dibuat sebelum sesi persekolahan akan datang bermula.
"Antara tumpuan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada masa ini adalah untuk menyelesaikan sepenuhnya pengambilan khas secara one-off bagi 18,702 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan.
"Ini adalah penting bagi menyediakan guru berkualiti yang mencukupi untuk memenuhi kekosongan jawatan sedia ada.
"Terima kasih SPP kerana telah selesai menjalankan temu duga bagi pengambilan khas ini dan sebahagian daripada calon berjaya telah menerima tawaran lantikan," katanya menerusi perkongsian di media sosial beliau.
Perkara tersebut merupakan antara isu utama dalam perbincangan beliau ketika menerima kunjungan Pengerusi SPP yang baharu, Datuk Seri Mazlan Yusoff di pejabatnya hari ini.
Jelasnya, antara perkara yang turut dibincangkan adalah berkenaan pelantikan perkhidmatan guru secara kontrak dan guru interim.
"Perbincangan juga turut melibatkan guru interim bagi mata pelajaran bahasa Inggeris lantikan tahun 2019 yang akan tamat kontrak pada bulan April ini.
"Saya mohon supaya SPP dapat menyegerakan segala urusan temu duga kumpulan calon guru ini.
"Begitu juga dengan urusan lantikan bagi guru interim mata pelajaran Pendidikan Islam serta guru interim JPN Sabah dan Sarawak yang mana kontrak mereka juga akan tamat tahun ini," katanya.
Selain itu, Mohd. Radzi berkata pihak bersama SPP akan meneliti isu berkaitan lebihan graduan pendidikan bagi mata pelajaran tertentu, termasuk graduan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKK).
Dalam pertemuan itu, mereka turut membincangkan isu berkenaan pengambilan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) yang perlu disegerakan bagi membantu melancarkan pengoperasian sekolah.
Topic Berkaitan
#Kementerian Pendidikan
#Radzi Jidin
#Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
#pengambilan guru one-off
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan