awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guru sekolah agama Pulau Pinang terima elaun tambahan RM500 tahun depan

Bernama
Bernama
19/11/2024
20:45 MYT
Guru sekolah agama Pulau Pinang terima elaun tambahan RM500 tahun depan
Mohamad yang juga Yang Dipertua MAINPP berkata MAINPP telah meluluskan peruntukan tambahan berjumlah RM1.92 juta untuk tujuan itu. - Foto fail/BERNAMA
GEORGE TOWN: Sebanyak 160 guru Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR), Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan Sekolah Rendah Agama Rakyat (SRAR) di Pulau Pinang akan menerima elaun tambahan RM500 setiap bulan bermula Januari tahun depan.
Timbalan Ketua Menteri I Datuk Mohamad Abdul Hamid yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) berkata MAINPP telah meluluskan peruntukan tambahan berjumlah RM1.92 juta untuk tujuan itu.
"Mereka sebelum ini menerima RM600 hingga RM1,600 sebulan bergantung pada kelayakan akademik masing-masing. Semoga dengan berita baik ini menyuntik semangat para guru untuk memartabatkan Islam di Pulau Pinang melalui pendidikan anak-anak kita," katanya kepada pemberita di sini pada Selasa.
Dalam perkembangan lain, Mohamad berkata setakat ini, tiada individu daripada GISB Holding Sdn Bhd (GISB) menyertai program pemulihan secara sukarela di negeri ini.
Beliau berkata ahli GISBH seolah-olah "hilang" daripada pandangan umum dengan mereka berkemungkinan mengubah penampilan bagi mengelak dikenali.
"Kita tawarkan kepada mereka program pemulihan berkaitan agama di Kompleks Darul Hidayah (di Nibong Tebal), kita juga sediakan fasilitator untuk mereka, ada penginapan sekali, jadi kita nasihatkan mereka untuk tampil secara sukarela sertai program pemulihan ini.
"Cuma sekarang ini nak kesan ahli-ahli GISBH pun susah, malah premis-premis perniagaan mereka kosong selepas operasi daripada pihak berkuasa baru-baru ini," katanya.
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang pada 16 Okt lepas memutuskan ajaran, pegangan dan fahaman yang dibawa pemimpin, pengikut, pekerja atau jemaah GISB adalah haram, bercanggah serta menyeleweng daripada ajaran Islam.
Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) turut memutuskan ajaran, pegangan dan fahaman GISBH adalah sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SMAR
#MAINPP
#SRAR
#GISB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan