MALAYSIA
Guru sekolah memandu cedera diserang tanpa sebab di jalan raya

Guru sekolah memandu terbabit cedera di kepala selepas diserang secara tiba-tiba oleh seorang penunggang motosikal tengah hari ini. - Foto Astro AWANI
JOHOR BAHRU: Seorang guru sekolah memandu cedera di kepala selepas diserang secara tiba-tiba oleh seorang penunggang motosikal dalam kejadian buli jalan raya kira-kira 12 tengah hari tadi.
Ringkasan AI
- Seorang guru sekolah memandu cedera di kepala selepas diserang oleh penunggang motosikal tanpa nombor plat dalam kejadian buli jalan raya di Jalan MuarBatu Pahat, ketika mangsa sedang menghantar pelajar.
- Suspek bertindak agresif memecahkan cermin kereta dan menyerang mangsa di balai polis, menyebabkan kecederaan berdarah dan kerosakan harta; mangsa mendapatkan rawatan sendiri di klinik kesihatan.
- Polis sedang giat mengesan suspek yang melarikan diri, dan meminta orang awam tampil membantu siasatan; saksi pelajar mengesahkan tiada perselisihan berlaku sebelum serangan.
Bagaimanapun, setibanya di lokasi, mangsa mengarahkan pelajarnya turun dan berlari pulang ke rumah sebelum suspek bertindak lebih agresif memukul kereta, memecahkan cermin hadapan serta cermin sisi kenderaan.
Mangsa kemudian memandu ke balai polis berhampiran namun terus diekori suspek dan sebaik sahaja keluar dari kereta di kawasan balai, suspek menyerang mangsa dengan memukul kepalanya sehingga berdarah dan memecahkan cermin mata.
Dalam pada itu, anggota polis yang menyedari kejadian itu segera keluar untuk meleraikan serangan, namun suspek melarikan diri dan identitinya masih belum dikenal pasti.
Menurut saksi kejadian yang terdiri daripada empat pelajar sekolah memandu, tiada sebarang kemalangan atau perselisihan berlaku sebelum insiden itu.
Mangsa kemudian mendapatkan rawatan di klinik kesihatan berhampiran secara sendiri, termasuk menerima jahitan dan menjalani pemeriksaan X-ray.
Pihak polis sedang giat mengesan suspek dan meminta orang awam yang mempunyai maklumat tampil membantu siasatan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami