awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guru tadika ditahan kes dera empat murid

Sinar Harian
Sinar Harian
02/04/2022
05:08 MYT
Guru tadika ditahan kes dera empat murid
Siasatan dibuat susulan ibu kepada salah seorang mangsa mempunyai satu rakaman video yang memaparkan anaknya telah didera oleh guru terbabit. - Gambar hiasan
JOHOR BAHRU: Polis sedang menjalankan siasatan terhadap seorang guru tadika kerana dipercayai mendera empat kanak-kanak yang juga muridnya di sebuah tadika swasta di Muar, baru-baru ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Senior Asisten Komisioner, Shahurinain Jais berkata, penahanan terhadap suspek berusia lewat 50-an itu telah dibuat selepas wanita berkenaan menyerah diri di balai polis pada Jumaat.
Beliau berkata, siasatan dibuat susulan ibu kepada salah seorang mangsa mempunyai satu rakaman video yang memaparkan anaknya telah didera oleh guru terbabit.
"Pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Johor sedang menjalankan siasatan berkaitan kejadian penderaan di sebuah tadika swasta di Muar.
"Hasil siasatan mendapati seorang guru tadika wanita terbabit didakwa bertindak mengasari (mendera) empat murid lelaki berusia tiga hingga lima tahun.
"Kesemua mangsa telah dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar untuk pemeriksaan perubatan," katanya dalam satu kenyataan, pada Sabtu.
Shahurinain berkata, suspek kini telah direman selama enam hari sehingga Khamis depan bagi membantu siasatan.
Beliau berkata, suspek berkenaan disyaki telah melakukan perbuatan tersebut sejak November tahun lalu yang berlarutan hingga bulan lalu.
Artikel asal ini diterbitkan di portal Sinar Harian
Topic Berkaitan
#guru tadika
#dera kanak-kanak
#Shahurinain Jais
#tadika swasta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan