awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohamad Hasan lakukan lawatan kerja ke AS bagi Mesyuarat Mineral Kritikal
Perpaduan bukan tentang setuju semua perkara, tetapi kewarasan sebelum emosi - Penganalisis
YAPEIM peruntuk RM16.44 juta laksana 356 projek bina, baik pulih rumah sejak 2020
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guru wanita maut ditembak ketika pulang solat tarawih

Bernama
Bernama
01/06/2019
12:51 MYT
Guru wanita maut ditembak ketika pulang solat tarawih
Seorang guru wanita yang dalam perjalanan pulang ke rumah selepas selesai menunaikan solat tarawih maut ditembak di Kg Sanor, Yarang, Pattani malam tadi. -Gambar hiasan
Seorang guru wanita yang dalam perjalanan pulang ke rumah selepas selesai menunaikan solat tarawih maut ditembak di Kg Sanor, Yarang, Pattani malam tadi.
Dalam kejadian pada 8.55 malam (waktu tempatan), mangsa, Asma Abdul Halim, 42, seorang guru tadika di Kg Sadawa membonceng motosikal yang ditunggangi suaminya, seorang pegawai Rela di Daerah Yarang, Pattani.
Penolong Ketua Polis Siasatan Jenayah Daerah Yarang Kapt. Pol. Kajornsak Kueamanee berkata dua individu yang menaiki motosikal telah melepaskan tembakan pada kepala mangsa.
"Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian. Suami mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian itu," katanya kepada pemberita hari ini.
Ini merupakan kes kedua wanita maut ditembak individu tidak dikenali dalam minggu ini.
Khamis lepas, seorang wanita yang sedang membuat persiapan untuk menjual juadah berbuka puasa maut ditembak seorang individu di depan gerainya di Kampung Ringae, Chanet, Narathiwat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Asma Abdul Halim
#guru tadika
#Kajornsak Kueamanee
#Kg Sanor
#meninggal dunia
#solat tarawih
#tembakan pada kepala mangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan