awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
15 maut, lebih 80 cedera dalam letupan di masjid Islamabad ketika solat Jumaat
Op PeWA: Rohingya, Indonesia antara warga asing paling ramai dikenakan tindakan JPJ
SPRM tahan Pengerusi IJM Corp, bantu siasatan tadbir urus, aset luar negara RM2.5 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guru wira, tunjang pembinaan generasi MADANI - PM Anwar

Yasmin Natasha
Yasmin Natasha
16/05/2025
04:00 MYT
Guru wira, tunjang pembinaan generasi MADANI - PM Anwar
Perdana Menteri Anwar menyifatkan golongan pendidik sebagai wira luar biasa dan tulang belakang dalam membentuk masa depan negara. - Gambar Astro AWANI/ SHAHIR OMAR
PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan penghargaan setinggi-tingginya kepada seluruh warga pendidik sempena sambutan Hari Guru dan menyifatkan golongan pendidik sebagai wira luar biasa dan tulang belakang dalam membentuk masa depan negara.
“Dalam kehidupan ini, siapa pun kita sama ada pemimpin, doktor, jurutera, petani, malah Perdana Menteri sekali pun, semuanya bermula dari bilik darjah.
"Guru adalah insan mulia yang tidak pernah meminta untuk dipuja, tetapi setiap hari menghembus kesabaran dalam mengukir masa depan anak bangsa dengan penuh kasih sayang,” ujar Perdana Menteri dalam hantaran di akaun media sosial beliau, hari ini.
Menurutnya, setiap guru merupakan satria sabar yang membentuk akhlak, serta pejuang nilai dan sahsiah generasi.
Beliau turut menegaskan, tugas pendidik tidak terhenti pada tamatnya sesi persekolahan, sebaliknya merupakan amanah berterusan dari satu generasi ke generasi berikutnya.
Dalam sebuah video sambutan Hari Guru yang turut disertai ikon animasi tempatan, Ejen Ali dan rakan-rakannya, Perdana Menteri menyampaikan mesej istimewa kepada para guru dengan penuh rasa hormat dan semangat kebersamaan.
“Hari ini kita berkumpul untuk meraikan wira luar biasa iaitu guru-guru kita yang tidak pernah jemu berjuang di medan ilmu demi memastikan misi pendidikan negara tercapai. Semangat mereka sentiasa tinggi, menjadi tunjang utama pembangunan negara," katanya lagi.
Tambah beliau, generasi muda seperti Ejen Ali turut menghargai jasa para guru yang sabar mengajar, membimbing dan mendidik demi melahirkan generasi MADANI yang berilmu dan berakhlak.
Dalam pada itu, beliau menyeru agar usaha menyemai ilmu dan membentuk insan diteruskan dengan penuh ketulusan dan tekad.
“Kami semua menjadi saksi betapa besarnya jasa guru. Anda adalah wira sebenar negara," ujarnya.
View this post on Instagram
A post shared by Anwar Ibrahim (@anwaribrahim_my)
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#selamat hari guru
#Ejen Ali
#Kerajaan Madani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan