KUALA LUMPUR: Pembukaan pentas Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) berlangsung dengan rancak apabila tiada penyingkiran dilakukan pada malam Ahad.
Ia selepas menyaksikan kesemua peserta yang terdiri dari peserta dalam negara, dan juga Singapura serta Indonesia menerima lagu yang bakal dibawakan oleh mereka untuk minggu kedua.
Bukan sahaja trending di Twitter, malah persembahan GV8 yang telah sekian lama dinanti-nantikan oleh para peminat hiburan itu mendapat sambutan luar biasa.
Minggu pertama GV8 berlangsung dengan meriah dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) dengan para bintang yang menjadi pertaruhan membawa lagu masing-masing di atas pentas dari Pusat Konvensten Antarbangsa Putrajaya (PICC).
BACA: Adibah Noor, Fazley Yaakob sertai Gegar Vaganza 8, Syafinaz sebagai juri tetap
Seramai 13 bintang utama dipertandingkan dalam edisi kali ini, yang mana ia terdiri daripada enam penyanyi solo lelaki, lima penyanyi solo wanita dan dua penyertaan secara duo atau berkumpulan.
Enam bintang solo lelaki yang dilihat menjadi saingan sengit untuk musim ini ialah Aweera, Azan Scan, Datuk Fazley Yaakob, Shidee, Bandi Amuk dan Aliff Aziz yang mewakili Singapura.
Sementara itu, senarai penyanyi solo wanita yang berentap dalam GV8 pula adalah Adibah Noor, Ani Maiyuni, Suki, Nikki, dan Upiak Isil dari Indonesia.
Ia turut menampilkan peserta duo Saiful Apek dan Yassin, dan juga kumpulan Nico.
Konsert mingguan GV8 bersiaran secara langsung pada jam 9 malam Ahad untuk selama 10 minggu.
Faris Danial Razi
Sun Nov 21 2021
Adibah Noor merupakan di antara penyanyi solo wanita yang berentap dalam pentas berprestij Gegara Vaganza kelapan (GV8). - Instagram Astro Gempak
Bursa Malaysia dibuka tinggi seiring prestasi positif di Wall Street
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 1.75 mata kepada 1,621.15 daripada paras penutup 1,619.40 pada Jumaat minggu lepas.
SPM 2023: Gred Purata Negeri Selangor naik, 2,005 dapat keputusan cemerlang
Pencapaian calon bandar meningkat sebanyak 0.12 mata iaitu 4.68 mata pada 2023 berbanding 4.80 mata pada 2022.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 9.05 pagi, ringgit meningkat kepada 4.7075/7130 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7100/7130 pada Jumaat minggu lepas.
Seramai 2,005 calon SPM 2023 di Selangor peroleh semua A
Daripada 65,452 calon sekolah KPM yang menduduki SPM, seramai 2,005 calon di Selangor memperoleh keputusan cemerlang (gred A+, A dan A-) dalam semua mata pelajaran berbanding 1,860 calon pada 2022.
Lelaki mengaku cederakan bapa guna kerusi plastik
Ahmad Zikri didakwa sengaja mendatangkan kecederaan ke atas bapanya menggunakan kerusi yang boleh bawa kematian jika diguna sebagai senjata.
[TERKINI] Pengumuman keputusan SPM 2023 peringkat negeri Selangor
11,713 calon SPM 2023 peroleh semua A
Angka ini menunjukkan peningkatan lebih baik berbanding tahun sebelum ini iaitu 10,109 calon atau 2.7 peratus.
Niaga AWANI: [Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 27 Mei 2024
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata sejak minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) dikeluarkan pada Rabu, ringgit semakin lemah berbanding dolar US.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Play Store perkenal ciri minta orang lain bayar pembelian aplikasi
Google Play Store memperkenalkan ciri baharu yang membolehkan pengguna meminta orang lain membayar untuk aplikasi yang ingin dibeli.
Niaga AWANI: [Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 27 Mei 2024
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berpandangan unjuran terhadap ekuiti Malaysia kekal stabil walaupun prestasi rendah pada Jumaat, susulan penilaian murah di samping asas ekonomi domestik yang kukuh akan memacu pasaran ke hadapan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Tom dan Fuad Rahman sambut cahaya mata perempuan pertama
Penyanyi Tom selamat melahirkan cahaya mata perempuan pertama pada pagi Ahad di sebuah hospital kerajaan.
All Stars GV: Tiada penyingkiran, lapan peserta mara ke konsert akhir
Semua peserta boleh menarik nafas lega apabila tiada penyingkiran diumumkan pada konsert separuh akhir All Stars Gegar Vaganza (ASGV) dan terus berjaya ke konsert akhir pada Ahad depan.
All Stars GV: Liza Hanim terus unggul, perjalanan Ayai terhenti
Ayai gagal menambat hati juri apabila hanya mendapat 53 peratus markah daripada juri tetap.
GV10: "Lebih hidup pentas" - Datuk Syafinaz pun mahu Kak Lina bukan Elly M, tapi ada syarat...
Elly M bertugas sebagai sebagai pengacara yang kelihatan sopan, bercakap perlahan, gelak malu-malu dan sedikit reserved.
Tercapai hasrat Tom untuk timang anak perempuan
Tom sebak selepas disahkan bayi dalam kandungannya kali ini anak perempuan.
All Stars Gegar Vaganza: Perjalanan Cliff Umar dan Suki Low terhenti di minggu kedua
Perjalanan Suki Low dan Cliff Umar di pentas All Stars Gegar Vaganza (ASGV) terhenti setakat minggu kedua.
'Saya belum boleh mencangkung, masih solat duduk' - Zamani sudah 80 peratus pulih
Berkongsi perkembangan terkini keadaan kesihatannya, kata Zamani, 52, dia kini hanya memerlukan perjumpaan berkala dengan doktor setiap enam bulan.
GV Roadshow 2023 rai ulang tahun ke-10 Gegar Vaganza
Jelajah ini juga sebagai merealisasikan impian Astro dalam usaha merapatkan hubungan antara peminat dan penyanyi tersohor tanah air.
Astro Rewards tawar pengalaman eksklusif, hadiah lebih hebat untuk pelanggan
Sebagai tanda penghargaan terhadap pelanggan setia, Astro Rewards menawarkan lebih banyak ganjaran istimewa pada tahun ini.
'Ia boleh mencela integriti saya' - Baggio dedah punca enggan sertai Gegar Vaganza
Sebagai penyanyi yang telah berkecimpung di dalam dunia seni sejak lebih tiga dekad lalu, dia belum sedia untuk mempertontonkan kelemahannya kepada umum.