KUALA LUMPUR: Malaysia perlu membanyakkan lagi penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Jeddah dalam usaha menyokong sasaran untuk negara menjadi hab umrah yang menghimpunkan jemaah dari seluruh dunia, khususnya di rantau Asia.
Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji (PAPUH) Datuk Razali Idris berkata langkah itu amat perlu memandangkan ketika ini, jumlah penerbangan terus ke Jeddah oleh syarikat penerbangan sedia ada adakalanya tidak mencukupi walaupun untuk penduduk tempatan.
"Sebab itu penerbangan terus ke Jeddah atau penerbangan transit ke negara-negara Timur Tengah perlu diperbanyak bagi menggalakkan kedatangan jemaah umrah dari negara-negara serantau," katanya kepada Bernama.
Razali berkata ketika ini, hanya terdapat beberapa syarikat penerbangan yang mempunyai perkhidmatan berkenaan antaranya Malaysia Airlines, AirAsia dan Batik Air.
Bagaimanapun, beliau berkata tiket penerbangan yang ditawarkan adalah kurang berbanding permintaan, memandangkan beliau mendakwa wujudnya "kartel umrah" yang didakwa membolot tiket penerbangan membabitkan pakej umrah dan haji di negara ini.
Katanya, ini berlaku apabila sebahagian besar jumlah tiket yang ditawarkan syarikat penerbangan dibolot beberapa syarikat besar atau pihak ketiga sehingga menyebabkan kenaikan harga tiket yang melambung tinggi.
"Suku pertama tahun ini sahaja sebanyak 400,000 visa umrah dikeluarkan. Jumlah mereka yang ingin mengerjakan umrah amat tinggi sebab tertangguh berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikenakan sebelum ini," katanya.
Baru-baru ini Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing berkata kementeriannya berhasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai hab umrah, dengan mempromosikan program itu ke negara tumpuan seperti China, Korea, Jepun, Thailand, Filipina dan Indonesia.
Tiong berkata objektif program itu bukan sahaja demi memberi manfaat dari sudut pertumbuhan ekonomi negara, tetapi juga bertujuan mempromosi Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang membangun dan berdaya saing selaras konsep Malaysia MADANI.
Razali turut melahirkan keyakinan cadangan berkenaan yang akan diterajui Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Khairul Firdaus Akhbar Khan, mampu direalisasikan dengan baik menerusi libat urus dengan pemain industri bagi mendapatkan pelbagai input dan cadangan bernas.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 25 2023
Razali mendakwa wujud 'kartel umrah' yang dikatakan membolot tiket penerbangan membabitkan pakej umrah dan haji di negara ini. - Gambar hiasan
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Hab umrah: Malaysia perlu perbanyak penerbangan terus ke Jeddah
Ketika ini, jumlah penerbangan terus ke Jeddah oleh syarikat penerbangan sedia ada adakalanya tidak mencukupi.