awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
Mogok seluruh negara lumpuhkan pengangkutan awam di Jerman
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Had jemaah solat Jumaat di Johor ikut kapasiti ruang masjid, surau mulai 15 Oktober

Bernama
Bernama
13/10/2021
15:16 MYT
Had jemaah solat Jumaat di Johor ikut kapasiti ruang masjid, surau mulai 15 Oktober
Solat fardhu lima waktu dan solat jenazah pula adalah mengikut kapasiti satu pertiga ruangan solat masjid dan surau dengan penjarakan fizikal satu meter. - Gambar fail
JOHOR BAHRU: Johor yang kini berada dalam Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN), membenarkan jemaah menunaikan solat Jumaat di masjid dan surau mengikut kapasiti ruangan dengan mematuhi penjarakan fizikal satu meter, berkuat kuasa Jumaat ini.
Perkara itu dimaklumkan menerusi kenyataan bersama Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor Tosrin Jarvanthi, Mufti Negeri Johor Datuk Yahya Ahmad dan Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) Datuk Md Rofiki Samsudin, hari ini.
Menurut kenyataan itu, solat fardhu lima waktu dan solat jenazah pula adalah mengikut kapasiti satu pertiga ruangan solat masjid dan surau dengan penjarakan fizikal satu meter.
Kenyataan itu memaklumkan, hanya jemaah, pegawai serta ahli jawatankuasa pengurusan kariah masjid dan surau yang telah lengkap menerima suntikan vaksin sahaja dibenarkan ke masjid dan surau.
"Pengecualian vaksin hanya kepada mereka yang mempunyai perakuan bertulis daripada Pejabat Kesihatan Daerah.
"Bagi jemaah lelaki dan wanita yang hadir ke masjid dan surau, mereka harus menunjukkan sijil vaksinasi melalui aplikasi MySejahtera atau kad vaksinasi kepada petugas masjid dan surau," katanya.
Kenyataan itu memaklumkan, JAINJ dan pihak polis serta Jabatan Kesihatan Negeri Johor juga akan melakukan pemantauan prosedur operasi standard (SOP) dan sekiranya terdapat mana-mana masjid atau surau yang dikesan melanggar SOP, ia akan ditutup.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Johor
#masjid
#surau
#PPN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan