awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
17,000 tan sisa makanan dibazirkan setiap hari, tindakan tegas diperlukan
Jumlah mangsa banjir di Terengganu terus berkurangan
Pembantu kedai perkakasan rugi lebih RM50,000 ditipu sindiket tawaran hadiah wang tunai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hadid lantik Tan Sri Apandi Ali sebagai pengerusi baharu

Astro Awani
Astro Awani
26/01/2021
15:10 MYT
Hadid lantik Tan Sri Apandi Ali sebagai pengerusi baharu
Hadid yakin kehadiran Tan Sri Apandi akan meningkatkan prestasi perniagaan, dalam dan luar negara. - Gambar fail/ Bernama
KUALA LUMPUR:Kumpulan Syarikat Hadid (Hadid) hari ini mengumumkan pelantikan bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, sebagai pengerusi berkuat kuasa 15 Januari 2021.
Dalam satu kenyataan, syarikat itu berkata, dengan pengalaman luasnya, Hadid berbesar hati dan yakin kehadiran Apandi akan meningkatkan prestasi perniagaan di dalam dan luar negara.
"Dengan lebih dari 16 tahun pengalaman dalam dan luar negara, Hadid optimis syarikat akan terus maju walaupun dengan pelbagai cabaran akibat COVID-19.
"Pelantikan Tan Sri Apandi sebagai pengerusi pastinya akan menyumbang kepada pengembangan perniagaan Hadid di luar negara," kata syarikat itu dalam satu kenyataan.
Kenyataan itu menyebut, Hadid sebuah syarikat kejuruteraan yang memberi tumpuan kepada industri tenaga dan ICT, merupakan pemain utama yang mewakili Malaysia di rantau Asia Tengah.
Ia mempelopori usaha menembusi pasaran minyak dan gas di Kazakhstan sejak 2016, dan kini mengembangkan perniagaannya ke Uzbekistan dalam sektor telekomunikasi.
Sehingga kini, Hadid beroperasi dengan tiga ibu pejabat iaitu di Kuala Lumpur, Almaty, dan Tashkent.
Topic Berkaitan
#Mohamed Apandi Ali
#Hadid
#COVID-19
#pengerusi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan