SHAH ALAM: Kerajaan disaran mengehadkan eksport syarikat minyak kelapa sawit yang mempunyai keuntungan besar dan memperuntukkan sekurang-kurangnya sehingga 15 peratus daripada hasil pengeluaran bagi keperluan tempatan.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengambil contoh sebuah syarikat yang menurutnya mencapai keuntungan sebanyak RM2.26 bilion pada tahun lalu.
"Apakah tidak mungkin 10 peratus daripada pengeluaran diturunkan tetapi keuntungan (syarikat berkenaan akan) lebih rendah daripada keuntungan dicatat (itu) kalau disamakan dengan harga pasaran antarabangsa.
"Tetapi, apakah kepimpinan negara berani berdepan dengan syarikat-syarikat gergasi ini? Sebab itu di Parlimen saya pernah bertanya Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) dan menteri-menteri mewakili siapa?
"Mewakili rakyat bawahan, saudagar-saudagar atau korporat besar?" katanya menerusi sebuah rakaman video di Facebooknya pada Selasa.
Selain daripada itu, Ahli Parlimen Port Dickson itu turut menyentuh mengenai harga ayam yang naik melambung tinggi dan sukar diperolehi sebelum ini.
"Agak aneh bila harga siling naik RM9.40, tidak lagi timbul masalah masalah ayam di pasaran.
"Sebab itu, kerajaan ini patut dipimpin oleh orang yang ada pendirian, berani, tidak tunduk kepada pedagang-pedagang dan penghisap darah," tegasnya.
Menurutnya, sekiranya kerajaan berani, langkah pertama yang harus dilakukan adalah dengan mencari sumber pengeluar ayam tersebut bagi melihat sama ada ia disorok atau tidak.
"Ini pernah saya lakukan melalui pengalaman saya dalam kerajaan dahulu.
"Apa yang kita lakukan? Bila kita adakan jawatankuasa, sebelum hari perayaan antara tugas pegawai kementerian adalah untuk menyemak kedudukan pengeluarannya, bukan pergi tekan peraih-peraih dan peniaga-peniaga kecil.
"Sebab itu saya katakan kita memilih pimpinan politik yang cakap berdegar-degar tetapi tidak berani menghadapi masalah bila menyentuh pedagang-pedagang kaya," ujarnya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Jul 06 2022

Anwar gesa kerajaan mengehadkan eksport syarikat minyak kelapa sawit yang mempunyai keuntungan besar dan memperuntukkan sekurang-kurangnya 15 peratus daripada hasil pengeluaran bagi keperluan tempatan. -Gambar fail/Pejabat Anwar Ibrahim

Malaysia, Thailand komited pergiat pembangunan infrastruktur di sempadan
Malaysia dan Thailand komitted dalam mempergiatkan pembangunan infrastruktur di sempadan.

KPDNHEP kaji cadangan GLC jadi pembungkus minyak masak bersubsidi - Alexander
Menterinya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata ia adalah antara cadangan yang akan dipertimbangkan.

Malaysia di landasan baik untuk mencapai pembangunan lestari - Maimunah
Malaysia berada pada landasan yang baik dalam mencapai perancangan dan pembangunan lestari yang maksimum.

AWANI Ringkas: Hukuman lebih berat untuk pelumba haram
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Polisi untuk rakyat harus digubal bersama rakyat - Timbalan Setiausaha Agung PBB
Kata Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif yang juga Pengarah Eksekutif UN-Habitat, masyarakat harus dilibat samakan dalam setiap proses penggubalan dan pelaksanaan polisi supaya ia benar-benar memenuhi keperluan untuk menambah baik kehidupan mereka.

Adakah Malaysia di landasan betul menuju kelestarian? Ini jawapan Timbalan Setiausaha Agung PBB
Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif yang juga Pengarah Eksekutif UN-Habitat menegaskan bahawa segala yang diperlukan untuk maju sudah ada, tinggal lagi kita perlu mula bertindak secara bersepadu dan selaras.

Kelestarian bukan diukur pada GDP semata-mata - Timbalan Setiausaha Agung PBB
Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif yang juga Pengarah Eksekutif UN-Habitat menekankan bahawa perlunya kepimpinan yang berani untuk membawa Malaysia melonjak dari kerangka minda dan kerja yang lama untuk menuju kelestarian.

Gajah berkeliaran sekitar Kluang sudah dihalau
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor mengesahkan ada mengesan lebih 10 ekor gajah liar berkeliaran di sekitar Taman Seri Impian, Kluang, baru-baru ini.

Agenda AWANI: PTPTN: Membina generasi cemerlang
Sejauh mana penubuhan #25tahunPTPTN ini signifikan dengan keperluan rakyat khususnya pelajar dari golongan B40 apatah lagi dengan suasana ekonomi yang mencabar ketika ini? Diskusi 9 malam dalam Agenda AWANI #AWANInews

BLACKPINK bakal gegar Kuala Lumpur Mac 2023
Kumpulan K-pop BLACKPINK bakal menemui 'BLINKs' di Malaysia tidak lama lagi.

Amirudin dilantik Pengerusi MPN Pahang, Nik Nazmi Pengerusi Terengganu, Kelantan
Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini mengumumkan pelantikan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Pahang bagi penggal 2022-2025.

PKR lantik Pengerusi MPN untuk Sabah dan Sarawak
PKR hari ini mengumumkan pelantikan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sabah dan Sarawak bagi penggal 2022 hingga 2025.

Projek LCS: Anwar sifatkan kenyataan Menteri Pertahanan angkuh
Ia susulan kenyataan Hishammuddin semalam yang mengulas kenyataan Anwar di Parlimen pada Khamis yang disifatkan sebagai berbaur politik.

LCS: Kenyataan Anwar pertimbangan politik semata-mata, kata Hishammuddin
Kenyataan Anwar bercanggah dengan keputusan Pakatan Harapan ketika menjadi kerajaan Pusat dulu yang mahukan projek LCS diteruskan.

Projek kapal LCS: Pembangkang gesa hentikan fasa enam berjumlah RM500 juta
Pembangkang menggesa agar kerajaan menghentikan projek perolehan kapal tempur pesisir fasa enam yang ketika ini masih belum dimulakan susulan pendedahan Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara.

Anwar minta RUU Kawalan Tembakau dan Merokok 2022 dirujuk ke Jawatankuasa Khas Pilihan Parlimen
Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta agar Rang Undang-undang (RUU) Kawalan Tembakau dan Merokok 2022 dirujuk ke Jawatakuasa Khas Pilihan Parlimen.

Mengenang Khalid Ibrahim: 'Sosok disegani bidang korporat, pendidikan dan politik' - Anwar
Menurut Anwar, Allahyarham merupakan seorang pengurus yang cekap ketika bertugas di Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Undang-undang larang lompat parti: Satu kemenangan rakyat - Anwar
Rang undang-undang berkaitan larangan tukar parti yang diluluskan di Dewan Rakyat semalam merupakan satu kemenangan kepada rakyat, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

RUU Antilompat Parti: Sokongan Ahli Parlimen yang 'bersekongkol' itu lucu, tapi menyenangkan - Anwar Ibrahim
Dewan Rakyat semalam mencatatkan satu lagi sejarah apabila meluluskan RUU dengan majoriti melebihi dua pertiga.

Anwar nafi minta MP Kerajaan lompat parti pada 2008
Anwar berkata situasi sama berlaku ketika mana Ahli Parlimen daripada blok kerajaan didakwa menyatakan sokongan kepadanya untuk menjadi Perdana Menteri selepas Langkah Sheraton.