awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hafidz Roshdi lapor polis isu Shuhada keguguran

Sinar Harian
Sinar Harian
09/05/2023
06:26 MYT
Hafidz Roshdi lapor polis isu Shuhada keguguran
Hafidz berkata, isu kononnya Shuhada telah mengalami keguguran ini dapat dirungkai sebaik-baiknya. - Gambar fail
SHAH ALAM: Pelakon Hafidz Roshdi membuat dua laporan polis selepas mendakwa isterinya, Shuhada menghantar mesej menerusi aplikasi WhatsApp menyatakan hasrat untuk mengugurkan kandungan beberapa hari sebelum Aidilfitri lalu.
Hafidz atau nama sebenarnya, Muhammad Hafidz Roshdi berkata, laporan polis pertama dibuat untuk melindungi dirinya sementara laporan kedua selepas mendakwa Shuhada atau nama sebenarnya Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, meminta wang untuk kos keguguran.
Sedangkan pelakon berusia 29 tahun itu berkata, dia tidak pernah bersetuju malah menghalang Shuhada mengambil tindakan tersebut.
"Sebelum ini, saya sudah cakap, jangan gugurkan, jaga baik-baik, saya akan bertanggungjawab.
"Bagaimanapun, pada 5 Mei lalu, saya dapat berita yang amat meruntun jiwa, menyatakan Shuhada mengalami keguguran pada hari raya kedua, 23 April lalu," katanya.
Hafidz berkata, isu kononnya Shuhada telah mengalami keguguran ini dapat dirungkai sebaik-baiknya.
Katanya, selaku seorang bapa, dia mempunyai hak mengikut undang-undang untuk mendapatkan penjelasan sebaiknya daripada Shuhada berkenaan hal itu.
Ketika ditanya mengenai perkara berkenaan, Shuhada berkata, memandangkan kes berkenaan masih dalam siasatan polis, dia tidak dapat mengulas lanjut mengenai perkara tersebut.
"Saya akan beri kenyataan selepas tamat prosiding ini, di Balai Polis Kangar, Perlis," katanya.
Artikel asal ini diterbitkan di portal Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Hafidz Roshdi
#Nurul Shuhada Mat Shukri
#laporan polis
#gugurkan kandungan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan