KUALA LUMPUR: Dua jaguh pecut negara Muhammad Haiqal Hanafi dan Khairul Hafiz Jantan menerima tamparan hebat apabila gagal melepasi had kelayakan untuk ke Sukan SEA Hanoi di Vietnam, Mei ini.
Biarpun menjuarai acara 100 meter (m) lelaki pada Kejohanan Terbuka Malaysia ke-97 di Stadium Mini Majlis Sukan Malaysia, Bukit Jalil di sini semalam, ia masih tidak cukup buat Muhammad Haiqal untuk melayakkan diri ke temasya dwitahunan itu yang dijadual berlangsung dari 12 hingga 23 Mei.
Muhammad Haiqal, 23, yang menjuarai acara 100 m pada Sukan SEA Filipina 2019 berlari di atas permukaan trek basah akibat cuaca hujan dan melintasi garisan penamat dengan catatan masa 10.58 saat (s), yang gagal melepasi had kelayakan untuk ke temasya di Vietnam iaitu 10.52s.
Atlet yang mewakili Negeri Sembilan itu bagaimanapun bersikap positif apabila mengakui tidak kecewa dengan kegagalannya semalam kerana telah merasai pengalaman memenangi emas semasa di Filipina.
Beliau juga tidak mengharapkan bantuan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) jika mahu menghantarnya bertanding dalam acara riben biru di Vietnam atas kategori B (kos dipulangkan jika memenangi pingat) namun bersedia untuk dipanggil menyertai kuartet 4x100m lelaki.
"Jika KOM nak hantar saya (bagi acara 100m) saya akan fokus, seandainya tiada rezeki saya ke Sukan SEA, saya akan tumpu latihan hadapi kejohanan lain," katanya kepada pemberita.
Bagaimanapun, Muhammad Haiqal tetap berpuas hati dengan lariannya semalam apabila berjaya menepati sasaran untuk mencatat masa 10.4s hingga 10.59s dalam kejohanan kali ini.
BACA: Terbuka Malaysia peluang Muhammad Haiqal, Khairul Hafiz layak ke Hanoi
Pingat perak acara 100m lelaki kejohanan itu dimenangi pelari Johor Muhammad Arsyad Md Saat dengan 10.63s manakala Jonathan Nyepa dari Angkatan Tentera Malaysia meraih gangsa catatan masa 10.64s.
Juara Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur, Khairul Hafiz yang beraksi untuk Melaka turut gagal ke Hanoi selepas menamatkan larian di tangga kelima dengan catatan masa 10.74s.
Selain Muhammad Arsyad, dua lagi pelari pecut acara 100m iaitu Russel Alexander Nasir Taib, Muhammad Zulfiqar Ismail layak bertanding ke Sukan SEA Hanoi bagi kategori A (kos ditanggung sepenuhnya).
Kategori wanita pula menyaksikan atlet Singapura Pereira Veronica Shanti dinobat sebagai ratu pecut kejohanan selepas merangkul emas dengan catatan 12.03s meninggalkan Nur Aishah Rofina Aling dari Sabah untuk pingat perak (12.18s) dan atlet Kedah Fatin Ilyana Mat Nayan yang meraih gangsa (12.26s).
Atlet Sarawak Mohd Rizzua Haizad Muhamad pula terus melakar kejutan apabila menewaskan jaguh 110m lari berpagar lelaki kebangsaan Rayzam Shah Wan Sofian dari Sabah.
Beliau meraih emas dengan catatan 14.13s diikuti Rayzam Shah untuk perak (14.19s) manakala rakan senegerinya, Benedict Ian Gawok membawa pulang gangsa (14.33s).
Mohd Rizzua berkata beliau cukup gembira dapat menewaskan Rayzam Shah buat kali kedua berturut-turut selepas pertama kali melakukannya di Kejohanan Olahraga Perak All-Comers minggu lepas.
Kejohanan selama dua hari itu akan bersambung hari ini.
Keputusan terpilih:
Rejam lembing wanita:
Emas: J.Pavithra Devi (PNG) - 40.90m
Perak: Nur Ayna Nuha Maton (PER) - 39.52m
Gangsa: Fatin Shahiera Che Rahim (ATM) - 38.38m
1,500m lelaki:
Emas: M. Sanjay (JHR) - 4:06.98s
Perak: Ahmad Luth Hamizan (NS) - 4:07.59s
Gangsa: Mohammad Amirul Arif Mohd Azri (JHR) - 4:08.68s
1,500m wanita:
Emas: S.Geetha (JHR) - 5:03.27s
Perak: Jerusha Olive Jason (SEL) - 5:43.30s
Gangsa: G.Revathy (ATM) - 6:10.17s
Lempar cakera lelaki:
Emas: Muhammad Irfan Shamsuddin (ATM) - 55.21m
Perak: Abdul Rahman Lee (SAR) - 45.63m
Gangsa: Kamal Farhan A.Rahman (PER) - 45.56m
Lempar cakera wanita:
Emas: Queenie Ting Kung Ni (SWK) - 47.01m
Perak: Choo Kang Ni (ATM) - 44.66m
Gangsa: Nur Atiqah Sufiah MD. Hanizam (JHR) - 40.10m
100m lari berpagar wanita:
Emas: Nur Syafiqah Anis Abu Bakar (ATM) - 15.03s
Perak: Juriani Mat Rozi (PRK) - 15.43s
Gangsa: Farah Syakira Azifsafarin (PRK) - 15.60s
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 05 2022
Muhammad Haiqal Hanafi (kiri) dan Khairul Hafiz Jantan. - Gambar fail
MTDC Sokong Peluncuran Dana MySTI, Perkasa Teknologi Tempatan
Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) melancarkan Dana Uji Beli (DUB) dan Dana Mudah Cara (DMM) MySTI, sebuah iniasitif baharu bagi mempercepatkan usaha pengkomersialan hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) negara.
Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Pantau Agenda Reformasi: Tangani kenaikan harga premium insurans, takaful kesihatan
Ikuti kupasan Provost, Malaysia University of Science & Technology (MUST), Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai mengenai enam syor Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan tangani kenaikan harga premium insurans & takaful.
Pelabur harus memiliki mata wang Bitcoin - Thomas Peterffy
Pengasas syarikat broker runcit Interactive Brokers Group, Thomas Peterffy menyarankan pelabur untuk memiliki sedikit mata wang kripto, Bitcoin.
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus pada Oktober 2024 dengan 38,400 tan berbanding 31,847 tan pada September 2024.
Korean Air selesai pembelian jangka panjang Asiana Airlines
Syarikat penerbangan Korean Air menyelesaikan pembelian jangka panjang terhadap pesaingnya, Asiana Airlines yang kini dalam krisis hutang.
Jumlah import eksport barangan China naik 4.9 peratus 11 bulan pertama
Jumlah import dan eksport barangan China mencapai RMB39.79 trilion (RM24.3 trilion) dalam 11 bulan pertama tahun ini, naik 4.9 peratus tahun ke tahun.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM 14.5 bilion dipindah
Seramai 4.1 juta atau 31.6 peratus daripada jumlah keseluruhan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun memilih mempunyai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel dengan jumlah perpindahan sebanyak RM14.5 bilion
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
MIC cadang mekanisme khusus kawal kos rawatan hospital swasta
MIC mencadangkan supaya kerajaan dapat mewujudkan mekanisme khusus yang dapat mengawal kos rawatan di hospital swasta.
Pemain skuad B-23 Sukan SEA Hanoi kekal jadi taruhan Maloney ke Uzbekistan
Walaupun terlepas peluang membawa pulang sebarang pingat, kesemua pemain skuad Bawah 23 (B-23) kebangsaan, sekali lagi dipertaruhkan bagi mengharungi kempen Piala Asia B-23 2022 di Uzbekistan.
Sukan SEA Hanoi: 'Saya minta maaf' - Luqman Hakim
Penyerang muda negara Luqman Hakim Shamsudin memohon maaf atas kegagalan menyempurnakan sepakan penalti dalam perlawanan penentuan gangsa antara Malaysia menentang Indonesia pada Sukan SEA ke-31.
Sukan SEA Hanoi: Malaysia tambah dua emas, tamatkan cabaran di tempat keenam
Kontinjen negara berjaya menambah dua pingat emas pada hari ke-15 Sukan SEA ke-31 di sini hari ini, sehari sebelum temasya sukan dwitahunan tersebut melabuhkan tirai esok.
Sukan SEA Hanoi: Program Jom Tengok Bola jadi platform pupuk semangat perpaduan
Menyemai semangat perpaduan dalam kalangan rakyat menerusi sukan antara matlamat dalam Program Jom Tengok Bola Harimau Muda menentang Indonesia di Restoran Syed Bistro SS6, Petaling Jaya Pada Ahad.
Sukan SEA Hanoi: Emas acara beregu campuran dalam genggaman
Sebutir pingat emas sudah berada dalam genggaman kontinjen negara apabila dua pasangan badminton negara akan berentap pada final acara beregu campuran pada Sukan SEA ke-31, esok.
Sukan SEA Hanoi: Ahmad Faizal harap kontinjen negara terus buru pingat
Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berharap atlet negara terus berjuang berhabis-habisan untuk meningkatkan koleksi pingat di Sukan SEA ke-31.
Sukan SEA Hanoi: Pecutan bertenaga Nur Aiman Zariff sumbang emas ke-37 Malaysia
Muhammad Nur Aiman Mohd Zariff menampilkan pecutan bertenaga di penghujung saingan untuk merangkul pingat emas acara lebuh raya lelaki Sukan SEA ke-31.
Sukan SEA Hanoi: Ismail Sabri ucap tahniah, bangga pencapaian atlet Keluarga Malaysia
Beliau turut menzahirkan rasa bangga dengan pencapaian atlet Keluarga Malaysia.
Sukan SEA Hanoi: Malaysia dijangka capai sasaran 36 emas pada hari ke-13
Tumpuan peminat sukan tanah air pada hari ke-13 pastinya terarah kepada pencapaian atlet negara dalam mencapai sasaran 36 pingat emas pada temasya Sukan SEA ke-31.
Sukan SEA Hanoi: Boling raih pingat perak acara berpasukan lelaki, wanita
Skuad boling lelaki dan wanita negara masing-masing meraih pingat perak acara berpasukan di Sukan SEA Hanoi, hari ini.