KUALA LUMPUR: Keutamaan menunaikan ibadat Haji bagi 2023 akan diberikan kepada bakal jemaah yang tersenarai menunaikan ibadat itu pada 2020, diikuti 2021, 2022 dan seterusnya mengikut prinsip sistem pendaftaran terbuka sedia ada.
Tabung Haji (TH) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, ini disebabkan penangguhan ibadat haji untuk rakyat Malaysia akibat pandemik COVID-19 selama dua tahun dan mengikut konsep "Mendaftar Dahulu, Didahulukan" yang telah dilaksanakan sejak 1995.
"Pada setiap musim haji terdapat kekosongan yang disebabkan permohonan untuk menangguh giliran haji atas pelbagai sebab seperti kesihatan, pendidikan anak dan sebagainya.
"Bagaimanapun, kekosongan ini akan diisi dengan senarai jemaah yang menunggu atau pertimbangan diberikan kepada mereka yang membuat permohonan rayuan. Pemilihan rayuan haji dilakukan berpandukan kriteria-kriteria tertentu dengan rayuan mahram diberikan keutamaan," menurut kenyataan itu.
TH memaklumkan Kerajaan Arab Saudi kini giat membangunkan dua kota suci, Makkah dan Madinah bagi meningkatkan fasiliti dan kapasiti jemaah untuk memberi keselesaan kepada para jemaah haji dan umrah di masa akan datang.
Kenyataan itu menyebut berdasarkan Visi 2030 Kerajaan Arab Saudi, jumlah jemaah haji disasarkan meningkat kepada 5.4 juta menjelang 2030.
"Oleh yang demikian, TH juga optimis jumlah jemaah haji negara akan meningkat dan ini akan membolehkan masa menunggu tunai haji dapat dipendekkan," menurut TH.
Melalui sistem pendaftaran terbuka sedia ada, TH memaklumkan para pendeposit boleh mendaftar menunaikan haji apabila simpanan mencecah RM1,300 dan akan diberi giliran tahun peruntukan menunaikan haji berdasarkan tarikh dan masa pendaftaran haji dibuat.
Setakat ini, seramai 3.8 juta pendeposit TH telah mendaftar dan menunggu giliran untuk menunaikan Rukun Islam kelima itu.
"Kuota haji Malaysia dan lain-lain negara dalam Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) adalah pada kadar 0.1 peratus daripada jumlah penduduk negara. Buat masa ini, Kerajaan Arab Saudi masih belum menetapkan kuota haji rasmi dan syarat-syarat pemilihan bakal jemaah haji untuk musim haji 1444 Hijrah," menurut kenyataan itu.
Dalam pada itu, TH komited menambah baik proses demi kepentingan pendeposit dan jemaah serta mengalu-alukan cadangan orang ramai bagi menambah baik perkhidmatan pada masa hadapan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 13 2022
TH juga optimis jumlah (kuota) jemaah haji negara akan meningkat dan ini akan membolehkan masa menunggu tunai haji dapat dipendekkan. - Gambar fail
Gempa kuat bermagnitud 6.3 landa Jepun - MetMalaysia
Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.3 dikesan di Shikoku, Jepun pada 10.14 malam tadi.
Thailand, New Zealand tingkat hubungan dua hala
Thailand dan New Zealand bersetuju meningkatkan hubungan dua hala mereka kepada perkongsian strategik menjelang 2026.
Ia sekaligus menandakan langkah penting ke hadapan dalam kerjasama kedua-dua negara yang telah lama terjalin.
Ia sekaligus menandakan langkah penting ke hadapan dalam kerjasama kedua-dua negara yang telah lama terjalin.
Penumpang HSR Jakarta-Bandung cecah 2.56 juta orang
Pada masa ini, perjalanan kereta api harian kereta api itu telah meningkat daripada 14 kepada 52 dan bilangan tempat duduk penumpang melonjak daripada 8,400 kepada lebih 31,000.
Antara pembangunan, pilihan manusia & kesihatan planet
Antara pembangunan, pilihan manusia, dan kesihatan planet.
dilema yang menjadi cabaran utama buat mana-mana negara untuk keluar dari kepompong kemunduran.
Hari kedua Sidang Kemuncak Kesihatan Planet (PHAM 2024) dan mesyuarat tahunan ke-6 antaranya mengangkat topik berkaitan kecerdasan buatan (AI) yang masih menjadi perdebatan kalangan pakar.
dilema yang menjadi cabaran utama buat mana-mana negara untuk keluar dari kepompong kemunduran.
Hari kedua Sidang Kemuncak Kesihatan Planet (PHAM 2024) dan mesyuarat tahunan ke-6 antaranya mengangkat topik berkaitan kecerdasan buatan (AI) yang masih menjadi perdebatan kalangan pakar.
KKR beri jaminan projek Kolam Selam Tempur siap Jun ini - Nanta
Kementerian Kerja Raya (KKR) akan memastikan projek pembinaan Kolam Selam Tempur di Kem Iskandar, Mersing, Johor yang mengalami kelewatan, siap sepenuhnya pada Jun ini.
Pemilihan MIC bermula 27 April ini
MIC akan mengadakan pemilihan parti bagi penggal 2024-2027 dari 4 Mei hingga 6 Julai dengan hari pencalonan ditetapkan mulai 27 April ini.
Kerajaan pandang serius pihak main sentimen rakyat
Mesyuarat sepakat agar kerajaan bertindak tegas menurut lunas-lunas perundangan dan tidak berkompromi dengan sebarang tindakan melampau yang boleh menjejaskan kestabilan negara ini.
Tumpuan Khamis - 18 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
MCMC rakam percakapan Che'gubard, Salim lebih tiga jam
Salim dan Che’gubard yang ditemui di bangunan tersebut memberitahu mereka disiasat atas pertanyaan berkaitan kesihatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam media sosial baru-baru ini.
Sabah kehilangan pemimpin berpengalaman, luar biasa - Hajiji
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menyifatkan pemergian Tan Sri Joseph Kurup adalah satu kehilangan pemimpin berpengalaman dan luar biasa bagi negeri Sabah.
Penerbangan pertama jemaah haji 9 Mei, terakhir 9 Jun - Tabung Haji
Syed Hamadah berkata kuota rasmi jemaah haji bagi Malaysia kekal pada 31,600 orang seperti diumumkan kerajaan Arab Saudi sebelum ini.
Agihan keuntungan TH 2023 kekal 3.10 peratus
Mohd Na'im berkata, agihan keuntungan berjumlah RM2.72 bilion itu bakal memberi manfaat kepada lebih 9.15 juta pendeposit.
TH terima permohonan maaf pengadu, dakwaan wang hilang selesai
TH menerima permohonan maaf daripada seorang bekas pegawai kanan kerajaan yang sebelum ini mendakwa wang lebih RM30,000 dalam akaun TH miliknya hilang.
TH diarah perkukuh keselamatan aplikasi THiJARI
Mohd Naim berkata, TH telah membuat laporan polis berhubung dakwaan wang lesap melibatkan aplikasi THiJARI.
Pendeposit diingatkan tidak buka mesej, hantaran meragukan - TH
Sebelum ini media melaporkan seorang bilal sebuah masjid di Ulu Yam Bharu, Hulu Selangor kerugian RM12,000 selepas wang di dalam akaun TH miliknya disyaki dipindah ke akaun milik orang lain.
Dividen Tabung Haji dijangka umum April ini - Mohd Na'im
Pengumuman dan agihan dividen Tabung Haji (TH) bagi tahun kewangan 2023 dijangka pada April ini iaitu setelah audit penuh dijalankan.
TH sangkal dakwaan agih kuota haji kepada PJH
Kuota haji berjumlah 31,600 yang telah diberikan kerajaan Arab Saudi adalah mengikut sistem pendaftaran haji terbuka berdasarkan konsep "Mendaftar Dahulu, Didahulukan".
Peningkatan kos haji disebabkan beberapa faktor - Zulkifli
Kenaikan kos haji kali ini adalah wajar dan masih berpatutan berikutan kos ditanggung oleh Lembaga Tabung Haji (TH) semakin bertambah.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 19 Januari 2024.
Kerajaan beri bantuan RM1,000 untuk jemaah haji Muassasah golongan B40
Jemaah haji Muassasah golongan B40 akan membayar kos haji berjumlah RM12,356, berbanding RM13,356 yang ditetapkan kerajaan sebelum ini.