KUALA LUMPUR: Keputusan Arab Saudi yang hanya membenarkan ibadah haji tahun ini dilaksanakan oleh warganegara dan penduduk negara lain yang berada di negara itu, membuktikan keprihatinan mereka terhadap keselamatan dan kesihatan umat Islam seluruh dunia ekoran pandemik COVID-19, kata Lembaga Tabung Haji (TH).
Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH Datuk Seri Amrin Awaluddin berkata TH akur dengan keputusan itu.
"Walaupun TH sudah bersiap siaga dan membuat perancangan operasi haji sehingga ke saat akhir, TH menerima keputusan yang telah dibuat oleh pihak Arab Saudi dan kerajaan Malaysia.
"TH amat berterima kasih kepada kerajaan Arab Saudi yang sentiasa memberi kerjasama baik kepada Malaysia dan amat prihatin dalam urusan ibadah haji jemaah negara ini sejak dahulu," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata Malaysia tidak akan menghantar jemaah haji bagi Musim Haji 1442H berikutan keputusan kerajaan Arab Saudi itu.
BACA: Akur keputusan Arab Saudi, Malaysia tidak hantar jemaah haji tahun ini
Mengulas lanjut, Amrin berkata bakal haji yang diperuntukkan giliran haji mereka pada 2020 dan telah diberi keutamaan sebelum ini untuk menunaikan haji pada 2021, kini diberi keutamaan untuk menunaikan haji pada 2022.
Bagi bakal haji yang gilirannya pula adalah pada tahun ini (2021), mereka akan turut diberi peluang pada 2022, tertakluk kepada kekosongan kuota tahun semasa, katanya lagi.
TH akan menangguhkan semua urusan berkaitan operasi haji bagi Musim Haji 1442H/2021M dan rakyat Malaysia yang bermastautin di Arab Saudi boleh memohon untuk menunaikan haji tahun ini melalui Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.
"Pemilihan tertakluk kepada kriteria prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan tersebut," katanya.
Beliau turut menasihati umat Islam di Malaysia agar tidak terpengaruh dengan mana- mana pihak yang menawarkan pakej haji dan badal haji bagi tahun ini.
Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh melayari laman web rasmi TH, www.tabunghaji.gov.my atau hubungi talian Khidmat Pelanggan TH (THCC) di 03-62071919.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 13 2021
Bakal haji yang diperuntukkan giliran pada 2020 dan telah diberi keutamaan sebelum ini untuk menunaikan haji pada 2021, kini diberi keutamaan untuk menunaikan haji pada 2022. - Gambar hiasan
Misi menamatkan kemarau Piala Thomas di Chengdu diteruskan
Menang besar atau balik, itu situasi menanti pasukan badminton lelaki negara yang berhasrat untuk mengukir nama mereka dalam sejarah.
Break the Siege Freedom: Sampai bila misi ini akan ditangguhkan?
Penangguhan sekali lagi Misi Break the Siege Freedom Flotilla to Gaza terus menimbulkan tanda tanya kepada delegasi terlibat, sampai bila ia akan ditangguhkan.
Sehingga ke saat, rakan setugas Syaff Shukri memaklumkan, belum ada sebarang keputusan daripada Freedom Flotilla Coalition (FFC) berhubung perkara ini.
#AWANI745
#IsraelCuak
Sehingga ke saat, rakan setugas Syaff Shukri memaklumkan, belum ada sebarang keputusan daripada Freedom Flotilla Coalition (FFC) berhubung perkara ini.
#AWANI745
#IsraelCuak
Citra MTDC - Pengukuhan struktur untuk bina ekosistem lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
#AWANI745
#AWANI745
348 ditahan atas pelbagai kesalahan dadah
Polis menahan 348 individu termasuk 11 wanita dalam Ops Hawk yang dijalankan di seluruh negeri ini selama tiga hari bemula Selasa.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah, tegaskan sekali lagi tidak terima gaji
Anwar berkata beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri.
Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7650/7710 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 ketika ditutup pada Khamis.
[TERKINI] Elaun masuk akaun bank tapi saya tak mahu - PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, beliau memulangkan semula elaun diterimanya sebagai Pengerusi Khazanah Nasional Berhad.
Usia Persaraan: KWSP disaran sediakan pinjaman untuk akaun 1 penyimpang
KWSP disaran untuk lebih kreatif bagi membantu penyimpan capai jumlah ideal untuk zaman persaraan, iaitu sekitar RM240,000.
Penganalisis Ekonomi Dr Barjoyai Bardai mencadangkan KWSP pertimbang beri pinjaman untuk akaun 1, dengan syarat ia tidak boleh diganggu.
#AWANI745
Penganalisis Ekonomi Dr Barjoyai Bardai mencadangkan KWSP pertimbang beri pinjaman untuk akaun 1, dengan syarat ia tidak boleh diganggu.
#AWANI745
MoF tiada rekod surat kelulusan Najib
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu, Kementerian Kewangan tidak mempunyai pengetahuan mengenai dua surat kelulusan yang ditandatangani oleh Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Menteri Kewangan.
#AWANI745
#AWANI745
Kes saman Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
Kes saman yang difailkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, selesai secara baik di Mahkamah Tinggi hari ini.
TH catat pendapatan RM1.47 bilion bagi tempoh separuh pertama 2022
Sepanjang enam bulan pertama 2022, lebih 200,000 akaun simpanan baharu dibuka dengan jumlah keseluruhan pendeposit TH ialah 8.6 juta orang.
Pembelian bangunan di London dijangka beri pulangan yang baik - TH
Ia dijangka akan memberikan pulangan yang baik sekali gus melindungi kepentingan serta memberi nilai tambah kepada pendepositnya.
TH muktamad beli bangunan di London, perkukuh kedudukan di pasaran UK
Lembaga Tabung Haji muktamadkan rundingan pembelian bangunan yang menempatkan Kementerian Pengangkutan United Kingdom di London.
Kos haji tahun ini naik RM2,500 bagi seorang jemaah
Jemaah muassasah daripada golongan B40 dikenakan RM10,980 sementara bagi jemaah bukan daripada kategori B40 perlu membayar RM12,980.
Pemilihan jemaah haji: Giliran pada 2020 diutamakan, diikuti seterusnya - TH
Keutamaan pemilihan jemaah tahun ini berdasarkan sistem pendaftaran haji berasaskan prinsip yang dahulu didahulukan.
TH sambut baik keputusan Arab Saudi tarik balik beberapa sekatan COVID-19
Lembaga Tabung Haji (TH) menyambut baik pengumuman Kerajaan Arab Saudi menarik balik beberapa sekatan berkaitan COVID-19.
Banjir: Tabung Haji peruntuk RM1.6 juta bantu mangsa terjejas
TH sumbang bantuan kewangan, makanan dan khidmat pembersihan secara sukarela kepada rakyat Malaysia yang terjejas akibat bencana banjir.
Pengguna THiJARI cecah lebih 1 juta
Pendeposit ternyata cenderung dengan penggunaan teknologi dan kemudahan digital yang disediakan.
Lembaga Tabung Haji sedia beri kerjasama pada RCI
Penubuhan RCI dilihat penting buat LTH menambah baik aspek pengurusan dan tadbir urus pihaknya.
Ahmad Nazim Abdul Rahman dilantik Ketua Eksekutif LTAT yang baharu
Beliau mengambil alih teraju LTAT daripada Datuk Seri Amrin Awaluddin yang meletakkan jawatan pada 30 April lalu.