awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hajiji jalani prosedur buang batu karang minggu depan

Bernama
Bernama
30/04/2023
06:14 MYT
Hajiji jalani prosedur buang batu karang minggu depan
Pejabat Ketua Menteri Sabah memaklumkan Hajiji mengalami kesakitan namun dalam keadaan sihat. - Fail/BERNAMA
KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor dijadual menjalani prosedur kecil bagi membuang batu karang minggu depan.
Pejabat Ketua Menteri Sabah dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan Hajiji mengalami kesakitan namun dalam keadaan sihat.
"Spekulasi mengenai keadaan kesihatan Ketua Menteri tersebar sejak beberapa hari lepas dan beliau mengucapkan terima kasih atas keprihatinan dan doa semua," menurut kenyataan itu.
Sementara itu, dalam kenyataan sama memkalumkan Hajiji turut menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah.
Turut hadir ke majlis berkenaan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pada majlis tersebut, Ketua Menteri turut menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada lebih 70 orang kurang berkemampuan termasuk dari rumah orang tua, Persatuan Orang Buta, Persatuan Orang Pekak, rumah kebajikan dan anak yatim.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hajiji Noor
#Ketua Mentero Sabah
#Pembedahan
#buang batu karang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan