awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hajiji mulakan tugas sebagai Ketua Menteri Sabah

Bernama
Bernama
30/09/2020
03:51 MYT
Hajiji mulakan tugas sebagai Ketua Menteri Sabah
Hajiji Noor memulakan tugas rasmi di pejabatnya di Jabatan Ketua Menteri Sabah, Pusat Pentadbiran Negeri Sabah. -Bernama
KOTA KINABALU:Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor memulakan tugas rasmi di pejabatnya di Jabatan Ketua Menteri Sabah (JKM), Pusat Pentadbiran Negeri Sabah, di sini, pagi ini.
Hajiji yang mengenakan bush jacket coklat muda mengimbas jari sambil tersenyum kepada petugas media sebelum memasuki pejabatnya dan mengadakan perbincangan dengan pegawai JKM.
Beliau dijadual menghadiri beberapa pertemuan hari ini antaranya dengan Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Dr Jeffrey Kitingan selain beberapa mesyuarat dan perbincangan.
Semalam, Hajiji, 65, mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah Ke-16 di hadapan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin, pada istiadat di Istana Negeri Sabah.
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memperoleh majoriti mudah untuk mengambil alih tampuk pimpinan kerajaan negeri daripada Parti Warisan Sabah (Warisan) pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-16, Sabtu lepas, apabila memperoleh 38 daripada keseluruhan 73 kerusi DUN negeri ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hajiji Noor
#Jabatan Ketua Menteri Sabah
#Pusat Pentadbiran Negeri Sabah
#Jeffrey Kitingan
#Timbalan Ketua Menteri Sabah
#Yang Dipertua Negeri Sabah
#Tun Juhar Mahiruddin
#Gabungan Rakyat Sabah
#Parti Warisan Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan