awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
Masalah kesuburan lelaki punca hanpir separuh kes pasangan sukar hamil - LPPKN
Kadar pemilikan rumah, akses kemudahan asas meningkat - DOSM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hajiji yakin Sabah terus makmur bawah naungan Tun Musa Aman

Bernama
Bernama
01/01/2025
07:00 MYT
Hajiji yakin Sabah terus makmur bawah naungan Tun Musa Aman
Hajiji Noor menyampaikan ucapan tahniah dan melafaz ikrar taat setia pada Istiadat Menandatangani Sumpah Jawatan dan Pengisytiharan sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah ke-11 di Istana Seri Kinabalu hari ini. --fotoBERNAMA
KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor yakin Sabah akan terus menikmati keamanan, kejayaan dan kemakmuran di bawah naungan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Musa Aman.

Ringkasan AI
  • Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor yakin Sabah akan terus menikmati keamanan, kejayaan, dan kemakmuran di bawah naungan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Musa Aman.
  • Kerajaan negeri akan terus berusaha memajukan Sabah demi kebaikan dan kesejahteraan rakyat, dengan hasil negeri meningkat berkat tadbir urus kewangan yang baik.
  • Pelbagai program, inisiatif, dan bantuan diberikan kepada kumpulan sasar, sejajar dengan hala tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) yang dilancarkan hampir empat tahun lalu.

Beliau berkata Musa adalah payung bagi seluruh rakyat, simbol kedaulatan negeri yang bermaruah serta pengukuh perpaduan dan keharmonian masyarakat yang berbilang bangsa, agama dan budaya.
"Institusi Yang Dipertua Negeri yang amat dimuliakan ini akan selama-lamanya dijulang tinggi sebagai teras perpaduan rakyat jelata dan simbol kedaulatan bumi Sabah," katanya sempena Istiadat Lafaz Sumpah jawatan Yang Dipertua Negeri Sabah Ke-11 Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu di sini hari ini.
Terdahulu Musa diiringi isteri Toh Puan Faridah Tussin tiba di Dewan Istiadat pada 10.11 pagi sebelum melafazkan sumpah jawatan itu kira-kira 10.22 pagi.
Hajiji berkata kerajaan negeri akan terus berusaha dan berikhtiar untuk memajukan Sabah demi kebaikan dan kesejahteraan rakyat negeri itu.
Ketua Menteri berkata hasil negeri juga turut meningkat berkat tadbir urus kewangan negeri yang baik dan telah berjaya mengutip hampir RM7 billion pada tahun lepas.
Beliau berkata pencapaian sangat menggalakkan itu adalah hasil kerja keras dan komitmen tinggi pimpinan kerajaan bersama-sama penjawat awam selaku penggerak jentera kerajaan.
Tambah beliau, kemajuan dan kesejahteraan rakyat juga menjadi agenda utama kerajaan, justeru pelbagai bentuk program, inisiatif dan bantuan diberikan kepada kumpulan sasar khususnya golongan miskin dan miskin tegar.
Hajiji berkata perkembangan yang memberangsangkan itu adalah sejajar dengan hala tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) yang dilancarkan hampir empat tahun yang lepas.
"Kerajaan juga memastikan kelestarian khazanah alam, memelihara nilai budaya dan adat resam seluruh kaum, mengekalkan nilai perpaduan dan keharmonian yang sedia terjalin sejak turun temurun serta aspek keselamatan dan ketenteraman awam akan terus diutamakan bagi memastikan kesejahteraan rakyat," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hajiji Noor
#Musa Aman
#Yang Dipertua Negeri Sabah
#Ketua Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan