awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Orang ramai penuhi jalan Saint-Tropez untuk pengebumian Brigitte Bardot
EPL: Chelsea tewas lagi
Suruhanjaya Eropah berikan 40,000 tiket kereta api percuma kepada belia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hala tuju reformasi Kerajaan MADANI jelas - ABIM

Bernama
Bernama
05/01/2026
20:00 MYT
Hala tuju reformasi Kerajaan MADANI jelas - ABIM
Ahmad Fahmi berkata, ketujuh-tujuh perkara yang diumumkan itu memberikan isyarat penting ke arah pembinaan sebuah Negara MADANI yang berteraskan prinsip amanah, akauntabiliti dan kesejahteraan bersama. - Gambar fail/Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Hala tuju Kerajaan MADANI dalam memperkukuh reformasi institusi, keadilan sosial, pengukuhan ekonomi dan pemerkasaan rakyat bagi memasuki tahun 2026 jelas menerusi pengumuman tujuh perkara utama oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin.
Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Ahmad Fahmi Mohd Samsudin berkata, ketujuh-tujuh perkara yang diumumkan itu memberikan isyarat penting ke arah pembinaan sebuah Negara MADANI yang berteraskan prinsip amanah, akauntabiliti dan kesejahteraan bersama.
Beliau berkata, ABIM menyokong usaha menjadikan reformasi sebagai tunjang pentadbiran negara khususnya melibatkan pemisahan kuasa Pendakwa Raya dan Peguam Negara, had tempoh jawatan Perdana Menteri, penubuhan institusi Ombudsman serta penggubalan Akta Kebebasan Maklumat.
"Langkah ini penting bagi mengukuhkan asas negara hukum dan mengekang salah guna kuasa secara berinstitusi," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Ahmad Fahmi berkata, agenda reformasi itu perlu disertai mekanisme pemantauan awam yang jelas, garis masa pelaksanaan yang boleh diaudit serta pelaporan berkala kepada rakyat bagi memastikan setiap komitmen dipertanggungjawabkan.
Beliau berkata, reformasi negara wajar diperluas kepada pembaharuan struktur yang masih belum disentuh secara tuntas, termasuk reformasi pembiayaan politik, pengukuhan kebebasan media, pemerkasaan peranan Parlimen serta hubungan yang lebih tersusun antara kerajaan dan masyarakat sivil.
"ABIM menekankan bahawa kejayaan reformasi ini memerlukan sokongan padu seluruh ekosistem negara, merentas parti politik, institusi kerajaan, masyarakat sivil dan rakyat.
"Reformasi tidak boleh digalas oleh kerajaan semata-mata, sebaliknya menuntut kematangan politik dan kesediaan bersama meletakkan kepentingan negara mengatasi kepentingan partisan," katanya.
Sehubungan itu, beliau berkata, ABIM akan terus berperanan sebagai rakan kritis yang konstruktif dengan menyokong setiap langkah yang memihak kepada rakyat serta menegur secara berhemah demi memastikan Malaysia benar-benar bergerak ke arah sebuah Negara MADANI yang adil, berperikemanusiaan dan bermaruah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ABIM
#reformasi institusi
#keadilan sosial
#Kerajaan Madani
#PM Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan