KUALA LUMPUR: Ketua Kontinjen (CDM) Malaysia ke Sukan Olimpik 2024 Datuk Hamidin Mohd Amin yakin sekurang-kurangya 20 atlet mampu layak ke temasya terbesar dunia itu yang dijadual berlangsung pada 26 Julai hingga 11 Ogos ini.
Beliau berkata jumlah maksimum boleh mencecah 29 atlet termasuk kelayakan secara merit, tempat kesejagatan (wild card) dan kuota yang tidak digunakan selepas beberapa nama besar gagal melayakkan diri.
"Antara sukan yang masih dalam proses kelayakan adalah renang, angkat berat, badminton, golf, gimnastik artistik, memanah, olahraga, ping pong, taekwondo dan bola sepak bawah 23 (B-23) lelaki," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat pengurus pasukan di Wisma OCM di sini semalam.
Namun, beliau yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengakui bahawa berdasarkan prestasi, bola sepak tiada dalam jangkaan untuk melayakkan diri apabila hanya tiga pasukan terbaik pada Piala Asia B-23 di Qatar dari 15 April hingga 3 Mei ini akan meraih tiket ke Paris.
Setakat ini, lima atlet - Bertrand Rhodict Lises (terjun), Nur Shazrin Mohd Latif (pelayaran), Johnathan Wong (menembak), Ariana Nur Dania Mohd Zairi (memanah) dan Nur Aisyah Mohd Zubir (berbasikal lebuh raya) - telah mengesahkan slot ke Olimpik.
Sementara itu, Hamidin berkata bukan semua pengurus pasukan dapat ke Olimpik kali ini kerana kuota pegawai terhad berikutan jumlah atlet yang kecil dan syarat keselamatan ketat.
"Ada sesetengah daripada pengurus pasukan yang bekerja dari jauh atau dari Malaysia. Saya harap mereka memberi kerjasama penuh dan sama-sama memantau perkembangan atlet mereka dari Malaysia.
"Lebih ramai atlet yang layak, lebih besar jumlah pegawai boleh kita hantar bagi membantu melicinkan proses perjalanan, persiapan, logistik, sistem sokongan sains sukan dan perubatan," katanya.
Beliau turut menasihati atlet untuk sentiasa menjaga kesihatan dan kekal hidrasi, kerana cuaca pada musim panas di Paris dijangka paling panas sejak beberapa tahun, yang mungkin mencecah 43 darjah Celsius, dengan suhu purata dianggarkan 37 darjah Celsius.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 18 2024
Hamidin bercakap ketika sidang media selepas mesyuarat pengurus pasukan ke Sukan Olimpik Paris 2024 di Kuala Lumpur, 18 Mac 2024. --fotoBERNAMA
Siapa menang? Siapa kalah? Tegakkan demokrasi
Ridauddin Daud, Wartawan Astro AWANI
Keputusan tidak rasmi PRK Kuala Kubu Baharu
Keputusan tidak rasmi PRK Kuala Kubu Baharu
Pertukaran, bayaran balik tiket Piala Sumbangsih bermula esok hingga Selasa
Pertukaran dan bayaran balik tiket perlawanan pembukaan Liga Super Malaysia dan Piala Sumbangsih antara JDT dan Selangor FC yang dibatalkan semalam boleh dibuat mulai esok hingga Selasa.
Pengundian awal, apa desas desus?
Hasimi Muhammad, Wartawan Astro AWANI
[TERKINI] Menang undi awal polis, tentera
Keputusan tidak rasmi yang dikongsikan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki di Facebook menyaksikan Sock Tao menang dengan majoriti 436 undi.
Machado, Saddil mungkin terlepas aksi pertama Liga Super - Kim Swee
Dua pemain import Sabah FC iaitu Ramon Machado dan Saddil Ramdani mungkin terlepas aksi pertama Liga Super menentang Penang FC.
AWANI Borneo [11/05/2024] – Persempadanan semula kawasan DUN | Perginya ikon kebanggan Orang Ulu | Peruntukan RM7 juta
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Assim Hassan
#AWANIBorneo 11 Mei 2024
Sarawak pertimbang semak persempadanan semula kawasan DUN.
Pemimpin negara beri penghormatan terakhir kepada Mendiang Mutang Tagal.
Peruntukan RM7 juta bagi ubah wajah tamu desa di Sabah.
#AWANIBorneo 11 Mei 2024
Sarawak pertimbang semak persempadanan semula kawasan DUN.
Pemimpin negara beri penghormatan terakhir kepada Mendiang Mutang Tagal.
Peruntukan RM7 juta bagi ubah wajah tamu desa di Sabah.
Faizal Azumu nafi kenyataan tular isu calon PM
Bersatu menafikan kenyataan yang tular berhubung isu melibatkan perbincangan calon Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
RM7 juta diperuntukkan naik taraf 38 tamu desa di Sabah - Ewon
Sebanyak RM7 juta diperuntukkan bagi menaik taraf 38 tapak tamu desa yang telah dikenal pasti di seluruh Sabah
KKDW peruntuk RM290 juta setahun untuk luar bandar Sabah
Peruntukan RM290 juta KKDW untuk kemudahan luar bandar Sabah adalah peruntukan tahunan kementerian itu bagi membantu penduiduk negeri itu.
Doktor sedang kenal pasti jenis asid disimbah kepada Faisal
Hamidin berkata, doktor mahu melihat sejauh mana kekuatan asid itu.
Hamidin masih ada misi yang belum selesai sebagai Presiden FAM
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin memberi bayangan untuk terus menerajui badan induk itu kerana terdapat misi yang masih perlu diselesaikan di bawah kepimpinannya.
'Keadaan Faisal cukup menyedihkan' - Hamidin
Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin kesal dengan kejadian yang menimpa Faisal Halim yang disimbah asid dalam satu kejadian di sebuah pusat beli-belah pada Ahad.
Hamidin wajar terus diberi kepercayaan pimpin FAM - Zainal Abidin
Datuk Zainal Abidin Hassan merasakan Datuk Hamidin Mohd Amin wajar terus diberi kepercayaan menduduki kerusi nombor satu FAM.
Isu terpalit FAM tak jejas Harimau Malaya - Faisal
Faisal sifatkan barisan pemain skuad kebangsaan tidak terjejas dengan isu yang terpalit Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) baru-baru ini.
KJ tak terfikir untuk kembali ke FAM
Khairy berkata terdapat calon-calon lain yang lebih layak untuk menerajui badan induk itu berbanding beliau.
Mampukah Hamidin terus pacu kemajuan FAM?
Isu penyebaran 'surat layang' baru-baru ini ternyata memberi tamparan buat Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Pengalaman luas Hamidin masih diperlukan pacu FAM
Dakwaan Hamidin gagal menambah baik landskap bola sepak Malaysia adalah tidak berasas dan tidak berdasarkan fakta, kata Ong Kim Swee.
Hamidin yakin 20 hingga 29 atlet mampu beraksi di Olimpik Paris
Jumlah maksimum boleh mencecah 29 atlet termasuk kelayakan secara merit, tempat kesejagatan dan kuota yang tidak digunakan.
Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia: Aksi Malaysia-Oman sah di Bukit Jalil
FAM sahkan aksi pusingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di antara Malaysia dan Oman pada 26 Mac kekal di Stadium Nasional.