awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hamleys mohon maaf, tidak pernah halang pekerja pakai tudung

Azyyati Ahmad
Azyyati Ahmad
21/12/2014
10:20 MYT
Hamleys mohon maaf, tidak pernah halang pekerja pakai tudung
Rosyam Nor meluahkan rasa tidak puas hati terhadap Hamleys yang didakwa meminta anak perempuannya membuka tudung sebagai syarat untuk bekerja di kedai permainan tersebut.
Kedai permainan Hamleys pada Ahad mengeluarkan satu kenyataan maaf di laman Facebook rasminya berkenaan isu yang telah diutarakan oleh pelakon Datuk Rosyam Nor.
Dalam kenyataan tersebut, Hamleys turut memberi penjelasan bahawa tiada sebarang polisi syarikat yang tidak membenarkan pekerja wanita memakai tudung.
Pada Khamis, Rosyam melalui laman Twitter telah meluahkan rasa tidak puas hatinya mengenai Hamleys yang didakwa meminta anak perempuannya membuka tudung sebagai syarat untuk bekerja di kedai permainan tersebut.
Sedih, harini anak saya yg baru habis SPM gi mintak kerja nak isi masa terluang TAPI syarat kena bukak tudung. Kedai HAMLEY's !!! Kurang aja
— Rosyam Nor (@IamRosyam) December 18, 2014
Kedai tu kat ONE UTAMA .ingat nama HAMLEYS jgn masuk k
— Rosyam Nor (@IamRosyam) December 18, 2014
Perkara ini telah mendapat perhatian Pergerakan Puteri Umno yang turut mengecam perkara tersebut.
Ketuanya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata sikap diskriminasi dan seksis terhadap pekerja wanita yang bertudung tidak seharusnya wujud dalam negara yang sedang berusaha mencapai status negara maju dan abad ke-21.
Syarikat yang terletak di pusat beli belah One Utama itu mengakui bahawa isu tersebut tercetus apabila salah seorang pekerjanya telah mengambil tindakan sendiri iaitu luar dari polisi syarikat.
Sehubungan itu, Hamleys memberitahu tindakan disiplin telah pun diambil terhadap pekerja tersebut.
hamley's
hamley's
Orang ramai terutamanya yang beragama Islam turut memberi pelbagai reaksi kepada twit yang dimuatnaik Rosyam, malah ada yang pernah mengalami pengalaman yang sama.
@IamRosyam biasa lettew semua kedai macam tu sekarang
— Nisa Erina (@nisaerina) December 18, 2014
@IamRosyam tapi saya alhamdulilah mintak kerja dgn tauke cina pon dia bagii pakai tudung yang tak pakai tudung tu pon dia suruh pakai tudung
— Nur Hidayah (@NurHida90049488) December 21, 2014
@IamRosyam isetan klcc pun sama dia suruh bukak tudung my friend kena haritu.
— Marijayelich (@nutmelurharlow) December 21, 2014
@IamRosyam kedai dkt pavi pun banyak mcm tu jugak. Tak benarkan pekerja perempuan pakai tudung. Esprit, roxy, etc. Dah alami dah.
— Fasha (@fasharoslan) December 18, 2014
@IamRosyam bukan sekarang je, empat tahun lepas saya mintak keje, boss die cakap kalau i bagi u keje u kena bukak tudung u.
— Ras Atikah (@cikrasatikahh) December 19, 2014
@IamRosyam kalau yang lelaki pulak keje retail selalunya takboleh solat jumaat. Hmm
— fxrhxn (@danielmohdnoh) December 21, 2014
Topic Berkaitan
#Hamleys
#Kedai permainan
#Rosyam Nor
#tudung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan