MALAYSIA
Hampir 100 beg darah dikumpul pada Persidangan Agung Tahunan Gagasan Rakyat 2025

Dr. Davina (kiri) bertanyakan sesuatu kepada salah seorang penderma darah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada Ahad. - Foto Astro AWANI
KOTA KINABALU: Hampir 100 beg darah Berjaya dikumpul Biro Kesihatan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) sepanjang Persidangan Agung Tahunan 2025 parti itu.
Pengerusi Biro Kesihatan, Dr. Davina Markus Majihi berkata, angka itu cukup membanggakan sekali gus bukti kesedaran masyarakat di negeri itu semakin meningkat mengenai kempen derma darah.
"Kita akui tabung darah di hospital-hospital di Sabah ini sangat kritikal. Oleh itu, kita di Biro Kesihatan ambil inisiatif menyediakan tempat untuk derma darah pada persidangan agung tahunan kali ini," katanya kepada pemberita pada Sabtu.
Tambah Dr Davina, isu kesihatan yang terus diberi keutamaan pihaknya adalah isyarat jelas program parti tidak hanya terikat kepada agenda politik semata-mata.Malah, penyertaan pengunjung terutama belia dan beliawanis dalam aktiviti menderma darah wajar dipuji selain menunjukkan mereka sedar akan kepentingan berbuat demikian.
"Kita mesti selalu mengadakan libat urus, kempen kesedaran dan pendidikan supaya masyarakat di negeri ini tidak lagi takut untuk menderma darah.
"Selain itu, pendidikan mengenai derma darah juga penting untuk mereka faham keperluan dan pentingnya aktiviti ini," katanya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami