awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga kuih akok lapan perisa rancang hasilkan produk sejuk beku
Semua pihak perlu main peranan angkat martabat sektor pelancongan - PM Anwar
Australia pantau rapi wabak virus nipah - Menteri Kesihatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hampir 14,000 guru 'one-off' telah ditempatkan

Bernama
Bernama
18/03/2022
06:07 MYT
Hampir 14,000 guru 'one-off' telah ditempatkan
Radzi berkata susulan pengambilan guru baharu tersebut, permohonan pertukaran guru adalah antara yang tertinggi pernah diluluskan dalam sejarah iaitu lebih daripada 55 peratus. - Gambar fail
KUALA LANGAT: Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan hampir 14,000 guru telah ditempatkan setakat ini menerusi pengambilan secara one-off yang dilaksanakan kementerian itu bagi mengatasi masalah kekurangan guru.
Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin berkata kira-kira lebih 4,000 guru lagi sedang dalam proses untuk ditempatkan, berdasarkan 18,702 jumlah guru yang diperuntukkan bagi pengambilan tersebut.
"Dengan pengambilan baharu (one-off) ini, kami akan beri keutamaan pergerakan kepada guru-guru yang telah lama (untuk dipindahkan) sebelum kami bawa masuk guru-guru baharu di kawasan yang mana permohonan untuk pertukaran itu tinggi," katanya kepada pemberita pada Majlis Penyerahan Sekolah Menengah (SMK) Bandar Saujana Putra, di sini hari ini.
Radzi berkata susulan pengambilan guru baharu tersebut, permohonan pertukaran guru adalah antara yang tertinggi pernah diluluskan dalam sejarah iaitu lebih daripada 55 peratus.
Mengulas berhubung takwim pembelajaran akademik bagi penggal 2022/2023, Radzi berkata setakat ini kalendar tersebut masih dikekalkan walaupun negara bakal memasuki fasa endemik 1 April ini.
Mengulas berhubung pengoperasian SMK Bandar Saujana Putra, Radzi berkata seramai 988 pelajar Tingkatan 1 hingga 4 dijadualkan memulakan persekolahan di sekolah tersebut pada 21 Mac depan.
Media sebelum ini melaporkan SMK Bandar Saujana Putra yang pembinaannya diteruskan pada 2020 selepas terbengkalai sejak 2019, telah siap sepenuhnya dan akan mula beroperasi bagi penggal baharu persekolahan pada Mac ini.
Radzi berkata sejak dua tahun lepas, kementerian telah memberi keutamaan untuk konteks infrastruktur pendidikan, termasuk usaha menyiapkan pembangunan sekolah terbengkalai.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Pendidikan
#guru
#Radzi Jidin
#pengambilan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan