awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jelajah kemanusiaan Rizalman sentuh jiwa, beri harapan dan melunas amanah
Kanak-kanak tiga tahun maut dalam kebakaran di Banting
India, Malaysia akan bincang semakan perjanjian perdagangan semasa lawatan Modi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hampir 30 rumah di Gemas rosak akibat ribut

Bernama
Bernama
20/02/2022
16:11 MYT
Hampir 30 rumah di Gemas rosak akibat ribut
Kira-kira 30 rumah membabitkan lebih 130 penduduk di Gugusan Felda Jelai 1 hingga 4 dekat Gemas mengalami kerosakan akibat hujan lebat dan ribut, petang Ahad. - Foto Sinar Harian/bomba
SEREMBAN: Kira-kira 30 rumah membabitkan lebih 130 penduduk di Gugusan Felda Jelai 1 hingga 4 dekat Gemas mengalami kerosakan akibat hujan lebat dan ribut, petang tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gemas Penolong Penguasa Bomba Mohd Farid Abu Bakar berkata kejadian hampir setengah jam bermula 5.30 petang itu mengakibatkan bumbung rumah penduduk diterbangkan angin manakala beberapa kenderaan dihempap pokok.
"Tiada kecederaan dilaporkan setakat ini dan hanya empat orang daripada satu keluarga ditempatkan di Kuarters Felda Jelai 1 selepas rumah mereka rosak teruk.
"Ada mangsa yang menumpang di rumah saudara mara untuk sementara waktu dan ada yang tidak berpindah kerana kerosakan dialami tidak teruk selain bimbang penularan COVID-19 sekiranya dipindahkan," katanya kepada Bernama malam ini.
Beliau berkata kejadian itu pertama kali berlaku setakat tahun ini dan jumlah kerugian masih dinilai.
Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi akaun Twitter mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir yang dijangka berlaku melibatkan beberapa negeri termasuk Negeri Sembilan, Kedah, Perak dan Kelantan sehingga malam ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ribut
#Gugusan Felda Jelai
#hujan lebat
#MetMalaysia
#Gemas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan