awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
PM Anwar pengerusikan Mesyuarat MB dan KM, perkukuh penyelarasan Kerajaan Pusat-Negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hampir 300 PATI ditahan sejak Januari hingga Ogos - PGA

Bernama
Bernama
16/09/2024
05:00 MYT
Hampir 300 PATI ditahan sejak Januari hingga Ogos - PGA
Dengan rondaan berterusan serta risikan oleh anggota PGA, kemasukan PATI telah dapat dikesan. - Gambar fail/Bernama
KOTA BHARU: Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan seramai 296 pendatang tanpa izin (PATI) menerusi Op Taring Wawasan yang dijalankan sejak Januari hingga 31 Ogos lepas.
Komander Briged Tenggara PGA SAC Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata daripada jumlah itu 226 adalah lelaki, manakala selebihnya adalah wanita berusia 17 hingga 60 tahun.
"Kesemua mereka ditahan selepas memasuki negara ini melalui pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok dekat sempadan Malaysia-Thailand.
"Berdasarkan pecahan warganegara, seramai 201 adalah warga Myanmar; Bangladesh (51 orang); Thailand (24 orang); India (lapan orang); Rohingya (lima orang); Indonesia (empat orang) dan Pakistan (tiga orang)," katanya ketika dihubungi hari ini.
Mengulas lanjut, Nik Ros Azhan berkata kebiasaanya PATI yang memasuki negara ini diuruskan oleh sindiket yang turut menyediakan "transporter" untuk mengangkut mereka ke destinasi tertentu, termasuk ke Pantai Barat Semenanjung.
"Dalam tempoh sama, 21 tekong darat yang disyaki menguruskan kemasukan PATI turut ditahan, termasuk 17 rakyat tempatan, tiga warga Myanmar, dan seorang warga Thailand," katanya
Beliau berkata pihaknya turut mengesan wujudnya lapan pangkalan haram utama yang sering digunakan oleh sindiket untuk membawa masuk PATI ke negara ini.
"Kesemua pangkalan haram tersebut terletak di Pasir Mas dan Tumpat, termasuk pangkalan Gergaji, Tanjung, Jeram Perdah 1, Jeram 2, Jeram 3, Lubuk Gong, dan Tok Awang Belulang yang sering digunakan."
"Rata-rata PATI memasuki negara ini menggunakan perahu pada waktu malam atau awal pagi untuk menggelak dikesan. Namun, dengan rondaan berterusan serta risikan oleh anggota PGA, kemasukan mereka tetap dapat dikesan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pasukan Gerakan Am
#pati
#Op Taring Wawasan
#Sungai Golok
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan