JOHOR BAHRU: Hampir lima juta pesakit telah menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) sejak pusat perubatan itu ditubuhkan pada 1992, menurut Ketua Pegawai Eksekutif IJN Datuk Dr Aizai Azan Abdul Rahim.
Beliau berkata IJN tidak berhadapan dengan masalah bagi menampung kapasiti tersebut berikutan mempunyai kakitangan serta kelengkapan fasiliti yang mencukupi.
"IJN mempunyai sembilan dewan bedah khusus untuk merawat pesakit jantung, dengan (dalam tempoh) satu hari kita boleh buat sebanyak 18 pembedahan.
"Secara purata, IJN ada kira-kira 2,400 kakitangan tetapi tenaga kerja paling besar dan menjadi tulang belakang adalah jururawat.
"Bagi doktor di semua jabatan pula, keseluruhan ada seramai 170 orang, sebab itu kita mampu beroperasi," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai kemampuan kapasiti IJN dalam merawat jumlah pesakit.
Terdahulu beliau menghadiri Majlis Penandatanganan Memorandum Persefahaman (MoU) dan Memorandum Perjanjian (MoA) antara Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan IJN, di sini semalam, yang turut dihadiri Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UTM Prof Dr Rosli Md Illias.
Dr Aizai Azan berkata menerusi MoU dan MoA bersama UTM, pihaknya menerusi Yayasan IJN berpeluang menjalankan program kolaborasi penyelidikan dan inovasi bersama pakar perubatannya serta penyelidik UTM di peringkat yang lebih tinggi.
Sementara itu, Rosli berkata kerjasama UTM dan IJN yang terjalin sejak 2013, diteruskan selama lima tahun lagi menerusi permeteraian MoU pada Rabu.
Beliau berkata sepanjang kerjasama itu, kedua-dua pihak telah menjalankan pelbagai program dan penyelidikan serta menubuhkan Pusat Kejuruteraan Kardiovaskular IJN-UTM pada 2013.
"Penyelidikan dalam bidang kardiovaskular merangkumi pembangunan alat peranti jantung, membran dan graf vaskular atau jantung, sistem rehabilitasi dan telemetri, sistem pengurusan data kesihatan serta sistem telerobotik," katanya.
Beliau pada masa sama berkata UTM bersedia untuk terus bekerjasama dengan IJN terutama dalam bidang kecerdasan buatan (AI) dan robotik.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 21 2023
IJN mempunyai sembilan dewan bedah khusus untuk merawat pesakit jantung dan dalam tempoh satu hari boleh melakukan sebanyak 18 pembedahan. - Gambar fail/Astro AWANI
Dua penjenayah maut selepas berbalas tembakan dengan polis di Tanjong Malim
Kedua-dua mereka yang berumur 29 dan 37 tahun itu dipercayai dalam perjalanan untuk merompak semasa kejadian.
Empat pemain Sabah FC tidak sertai skuad Harimau Malaya ke Thailand
Kesemua empat pemain Sabah tidak akan menyertai skuad Harimau Malaya untuk ke Bangkok, Thailand bagi aksi ketiga Kumpulan A Piala ASEAN 2024 menentang Thailand, Sabtu ini.
Simpan jasad bayi: Mufti perlu proaktif keluar pandangan hukum - Na'im Mokhtar
Susulan tular kes mayat bayi dimasukkan dalam peti sejuk selama dua minggu di selangor, Mufti Selangor digesa untuk tampil mengeluarkan pandangan hukum syarak sebagai pencerahan kepada masyarakat.
KBS rangka kod etika pemakaian babitkan penggunaan Jalur Gemilang
Hannah berkata pengenalan kod etika itu susulan isu terbaharu melibatkan penggunaan Jalur Gemilang pada jersi pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia.
Operasi mencari anggota TDM hilang di Royal Belum tiada petunjuk baharu - ATM
Tiada petunjuk baharu ditemukan dalam operasi mencari seorang anggota Tentera Darat Malaysia yang hilang di Hutan Royal Belum November lepas.
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
Cadangan semakan yuran, IJN sambut baik perbincangan bersama KKM
IJN menyambut baik keputusan untuk mengadakan perbincangan konstruktif berhubung cadangan semakan yuran bagi pesakit yang dirujuk oleh KKM.
Kesihatan Tun M semakin baik namun masih perlu pemantauan doktor
Keadaan kesihatan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang sedang menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) di sini dilaporkan semakin baik.
Kesihatan Tun Mahathir semakin baik
Keadaan kesihatan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) semakin baik.
Kerjasama BLACKMORES dengan IJN beri kesedaran pentingnya kesihatan jantung
Kerjasama BLACKMORES dengan Institut Jantung Negara (IJN) terjalin pada waktu yang tepat melihat kepada peningkatan trend penghidap sakit jantung dalam kalangan usia muda di Malaysia.
ADUN Johol dikejarkan ke IJN akibat serangan jantung
Beliau dimaklumkan Saiful Yazan dikejarkan ke IJN kira-kira pukul 3 petang semalam dan kini masih dirawat di Unit Rawatan Koronari (CCU).
IJN perintis pusat rehabilitasi jantung berteknologi tinggi pertama di Asia
Kemudahan canggih itu menggabungkan inovasi dari Jerman, Finland dan Belanda sekali gus menawarkan kemudahan rawatan terbaik kepada pesakit.
KKM belanja hampir RM250 juta untuk laksana 'khidmat luar' pesakit jantung ke IJN
KKM membelanjakan RM248.97 juta untuk melaksanakan khidmat luar (outsource) 93,495 pesakit jantung kepada Institut Jantung Negara Sdn Bhd (IJNSB) sejak Januari tahun ini hingga 31 Mei lepas.
MB Pahang Wan Rosdy kembali bertugas
Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail kembali memulakan tugas rasmi di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.
Bicara kes saman terhadap Ahmad Zahid ditangguhkan lagi ke 26 Ogos
Perbicaraan kes saman Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang dijadualkan hari ini ditangguhkan ke 26 Ogos.
Tun Mahathir dirawat di IJN kerana batuk
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) sejak Isnin lalu.