"Datuk tidak boleh buat begini, Datuk tak boleh pukul orang awam."
Itu kata saksi yang juga anggota polis kepada Mahkamah Majistret di sini, ketika ditanya tentang tindakan dibuat pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil Zahari ketika berada di Balai Polis Kota Damansara pada awal tahun ini.
Menurut Konstabel Muhammad Nizam Jamaluddin, 24, yang ketika itu bertugas sementara di balai berkenaan, Farid menjerit-jerit dan berkata "Hang tau aku sapa? Aku Datuk Farid Kamil!
Farid didakwa mengeluarkan kata-kata itu ketika mengamuk setelah beliau diberitahu balai itu hanya mengendalikan kes trafik, lapor Bernama.
Menceritakan kejadian itu, saksi kedua pendakwaan itu berkata pada pukul 1 tengah hari 11 Januari lalu, Farid telah dibawa oleh saksi pertama kes itu, Ashraf Ahmad, 35, yang memberitahu Farid ingin membuat laporan polis kerana kemalangan.
"Sejurus tiba di kaunter pertanyaan, Farid telah menunjukkan kepada saya sebuah artikel bertajuk "300 artis meminjam Ah Long kerana tiada pekerjaan" dan bertanya kepada saya sama ada artikel itu benar.
"Saya kemudian berkata sekiranya dia mahu membuat laporan mengenai kes itu, dia harus pergi ke balai lain yang berdekatan kerana balai ini hanya mengendalikan kes-kes trafik," katanya semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Alia Sumayyah Amran pada hari ketiga perbicaraan empat kes jenayah pelakon itu.
Saksi itu memberitahu Farid kemudian tiba-tiba naik angin dan terus berdiri serta menjerit-jerit mengeluarkan kata-kata itu.
"Ashraf cuba menenangkan Farid yang masih dalam keadaan terjerit-jerit di dalam balai namun Ashraf telah ditampar dan saya dengan pantas cuba menghalang tindakan itu dengan berkata "Datuk tidak boleh buat begini, Datuk tak boleh pukul orang awam" sebelum saya juga ditampar olehnya.
"Selain pedih dan sakit di pipi kiri akibat ditampar, namun yang lebih memalukan kerana saya sedang memakai pakaian seragam polis trafik dan kejadian tersebut berlaku di hadapan orang ramai di dalam balai tersebut," katanya.
Menurut Muhammad Nizam lagi, keadaan Farid yang agresif ketika itu memaksanya untuk menggari tertuduh namun fizikal Farid yang besar dan lebih tinggi daripadanya menyukarkan beliau untuk berbuat demikian.
"Beberapa kali saya mencuba untuk menggarinya namun tidak berjaya tetapi setelah dibantu Ashraf dan seorang lagi orang awam yang berada di dalam balai, Farid akhirnya digari dalam keadaan meniarap," katanya.
Pada 16 Januari lalu, Farid mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan iaitu dua pertuduhan mendatangkan cedera, menggunakan kekerasan jenayah dan berkelakuan tidak senonoh dengan mengeluarkan perkataan kurang sopan di Balai Polis Trafik Kota Damansara.
Dalam prosiding itu, Farid diwakili peguam Megat Syazlee Mokhtarom dan perbicaraan di hadapan Majistret Nor Ariffin Hisham bersambung esok.
Astro Awani
Thu Dec 13 2018
Farid didakwa mengamuk dan menyerang seorang awam dan anggota polis setelah diberitahu balai itu hanya mengendalikan kes trafik. -Gambar fail
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
Keputusan Farid Kamil tampar polis ditangguhkan
Datuk Farid Kamil Zahari berdepan empat pertuduhan termasuk menampar seorang anggota polis trafik di Balai Polis Kota Damansara, tahun lalu.
'Hang tau aku sapa? Aku Datuk Farid Kamil!'
Farid didakwa mengeluarkan kata-kata itu ketika mengamuk setelah beliau diberitahu balai itu hanya mengendalikan kes trafik.