KUALA LUMPUR: Hanya 20 peratus daripada lebih 15,000 anggota dan pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di seluruh negara dibenar mengambil cuti sempena Aidilfitri tahun ini.
Ketua Pengarah JBPM Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid berkata ia bagi memastikan perkhidmatan pasukan tidak terjejas dalam keadaan yang memerlukan.
“Biarpun pergerakan rentas negeri tidak dibenarkan, JBPM akan terus dengan aktiviti kesiapsiagaan membabitkan 322 balai di seluruh negara. Anggota dan pegawai JBPM akan meneruskan rondaan dalam kawasan jagaan masing-masing selain meneruskan tugasan am lain.
“Hal ini kerana biarpun larangan (rentas negeri) masih ada, orang awam mungkin akan melaksanakan aktiviti dalam negeri sendiri termasuk berekreasi mahupun mencari nafkah yang jelasnya melibatkan aktiviti pergerakan,” katanya dalam sidang media selepas menyampaikan sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang JBPM 2020 kepada 79 anggota dan pegawai di Kompleks Kuarters JBPM Cheras, di sini, hari ini.
Mohammad Hamdan berkata anggota dan pegawai JBPM yang bekerja pada Aidilfitri akan dibenarkan bercuti secara bergilir, selepas itu.
“Kalau ada anggota dan pegawai yang nak memohon bagi tugas luar negeri mereka masih perlu mematuhi arahan prosedur operasi standard dengan mendapatkan kebenaran pihak polis.
“Hal ini supaya tiada dalam kalangan mereka dikesan melanggar peraturan ataupun bersiap sedia dikenakan tindakan tatatertib,” katanya.
Sementara itu, ditanya sama ada aktiviti rondaan akan dilakukan di kebanyakan lokasi panas di lebuh raya negara sempena perayaan, beliau berkata pihak JBPM masih menunggu arahan seterusnya daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN).
“Pihak JBPM tertakluk kepada arahan terkini Majlis Keselamatan Negara sama ada orang awam dibenarkan untuk balik ke kampung atau tidak, namun kami masih lagi memantau dan akan membuat persiapan ke arah itu,” katanya.
Dalam pada itu, Mohammad Hamdan berkata pihaknya akan terus melaksanakan kempen keselamatan kebakaran menjelang perayaan ini selain membuat pemeriksaan di premis-premis yang berisiko tinggi bagi memastikan ia dalam keadaan selamat.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 23 2021
Mohammad Hamdan berkata anggota dan pegawai JBPM yang bekerja pada Aidilfitri akan dibenarkan bercuti secara bergilir selepas itu. - Foto BERNAMA
PM Lee akan hadir Pemukiman Pemimpin Singapura-Indonesia di Bogor
Ini merupakan permukiman ketujuh dihadiri Lee dan Pemukiman Pemimpin terakhir dengan Joko Widodo yang lebih dikenali sebagai Jokowi.
Strok haba: Kerajaan Thailand nasihatkan kumpulan berisiko tinggi supaya tidak keluar rumah
Kanak-kanak, pesakit dan golongan tua diingatkan mengelak daripada terlibat dalam aktiviti di luar bangunan selepas strok haba meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa di Thailand.
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
Juruterbang bomba dihantar ke UAE jalani latihan tambahan secara simulasi
JBPM telah diberikan peruntukan sebanyak RM800,000 untuk menghantar kesemua 17 juruterbang ke negara terbabit.
10 maut, dua helikopter TLDM bertembung di Lumut
Seramai 10 mangsa maut, dalam nahas membabitkan pertembungan dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), hari ini.
Lelaki dikhuatiri lemas di Pantai Mek Mas
JBPM Kelantan berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan kehilangan lelaki berusia 28 tahun itu pada 7.15 malam.
Ipoh tuan rumah sambutan Hari Bomba Sedunia 2024
Pelbagai acara menarik telah disusun, antara lain mempamerkan kehebatan dan ketangkasan anggota bomba.
Gudang sisa bahan kimia di Bukit Pelanduk musnah dalam kebakaran
Gudang di Pusat Kualiti Alam tersebut berkeluasan 100x100 kaki persegi itu musnah sama sekali.
14 keluarga terjejas dalam banjir kilat di Cameron Highlands
Banjir kilat berlaku ekoran limpahan sungai Kampung Raja dengan anggaran kedalaman air kira-kira 1.5 meter di lokasi.
Bomba Johor terima 1,047 panggilan kes kebakaran terbuka sejak 30 Januari
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor menerima 1,047 panggilan kes pembakaran terbuka akibat cuaca panas sejak 30 Jan hingga semalam.
Tiga remaja sesat di hutan Pulau Kerengga ditemukan selamat
Ketiga-tiga mangsa dipercayai memasuki kawasan hutan sedalam kira-kira 29 kilometer untuk memikat ayam hutan.
Bumbung Kolej Matrikulasi Kedah terbakar dipanah petir
Tindakan memadam kebakaran terus dilakukan dengan satu aliran dua pancutan serta membuat pemerhatian secara menyeluruh.
30 hektar hutan tanah gambut di Kuantan terbakar
Setakat 10 malam operasi masih berjalan bagi memadam 10 hektar lagi kawasan yang terbakar.