KUALA LUMPUR: Hanya kira-kira 73,400 atau 27 peratus graduan Bumiputera dapat memenuhi peluang pekerjaan sektor swasta yang ditawarkan pada tahun 2020 berbanding 103,900 atau 40 peratus pada 2019, menurut Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju).
Kajian Teraju mendapati penurunan peluang pekerjaan kepada graduan Bumiputera berkenaan antaranya berpunca daripada pengurangan peluang pekerjaan di pasaran sebanyak 29.3 peratus bagi kedua-dua tahun berkenaan.
"Sekiranya dilihat secara teliti, pengurangan peluang pekerjaan disebabkan negara sedang dilanda pandemik COVID-19," menurut dapatan kajian Teraju bertajuk 'Kesan Pandemik Terhadap Peluang Pekerjaan Di Kalangan Graduan Bumiputera' yang dijalankan menerusi Unit Penyelidikan, Analitik dan Teknologi Maklumat (RAIT) agensi itu.
Dapatan kajian Teraju itu diperolehi melalui dua kaedah iaitu, mengenal pasti saiz graduan Bumiputera di IPTA dan IPTS dengan membuat perbandingan antara tahun serta komposisi kaum bagi melihat impak sebenar wabak COVID-19 kepada graduan dihasilkan pada ketika ini.
Kaedah kedua pula, agensi itu mengadakan kajian dengan meneliti ketidaksamaan dalam peluang pekerjaan dalam tahun sama dan membandingkannya dengan bilangan graduan Bumiputera dihasilkan pada tempoh sama.
Kajian tersebut menggunakan sumber sekunder melibatkan laporan kaji selidik kadar pengangguran, statistik Bumiputera 2020 dan statistik pekerjaan suku keempat 2020 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, serta Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia, Kementerian Sumber Manusia.
Menurut kajian berkenaan, berdasarkan data dan maklumat graduan dari Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Swasta (IPTS), secara keseluruhannya, mendapati saiz graduan Bumiputera dihasilkan meningkat seramai 259,659 iaitu 84 peratus, diikuti kaum Cina seramai 35,904 (12 peratus) dan kaum India seramai 12,055 (empat peratus) sepanjang 2017 sehingga 2020.
Kajian TERAJU yang memetik sumber Statistik Graduan Jabatan Statistik Malaysia 2020 pula mendapati jumlah siswazah menganggur meningkat sebanyak 22.5 peratus kepada 202,400 orang pada 2020 berbanding 165,200 pada tahun sebelumnya dan 70 peratus daripadanya adalah graduan Bumiputera.
Kajian berkenaan juga mendapati sebahagian besar jumlah graduan menganggur berkenaan adalah terdiri daripada kumpulan B40 dan M40 yang bergantung kepada gaji dan upah sebagai sumber pendapatan utama mereka.
"Mengambil kira keadaan ini, graduan institusi pendidikan terutamanya bagi Bumiputera, sangat terdedah kepada kejutan ekonomi negatif seperti pengangguran, disebabkan oleh kemelesetan ekonomi dan sebagainya.
"Ini kerana jurang agihan pendapatan Bumiputera adalah besar dan sumber kewangan mereka yang terhad," menurut kajian itu.
Menurut Teraju, berdasarkan kajian khas berkaitan kesan COVID-19 terhadap saiz graduan Bumiputera dan bukan Bumiputera IPTA serta IPTS yang dijalankan Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun lepas pula, menunjukkan hampir 270,000 graduan Bumiputera dihasilkan iaitu peningkatan hampir 10 peratus berbanding 2018.
"Ini adalah selari dengan pertumbuhan jumlah graduan di Malaysia iaitu seramai 316,000 orang graduan yang diunjurkan pada 2020, berbanding hanya hampir 300,000 orang graduan pada 2018, iaitu peningkatan sebanyak 5.4 peratus dari 2018," menurut kajian itu.
Kajian berkenaan yang memetik sumber Jabatan Perangkaan Malaysia juga mendapati corak penawaran pekerjaan mula menurun secara keseluruhan, bermula dari suku ketiga 2019 sehingga suku keempat 2020.
"Pewujudan peluang pekerjaan dalam kategori mahir telah menurun secara drastik kepada 3,600 pekerjaan pada suku kedua 2020, berbanding lebih 12,000 pewujudan pekerjaan pada suku sama 2019, iaitu penurunan sebanyak 70 peratus.
Sehubungan itu, Teraju telah merangka beberapa inisiatif dalam memperkasakan dan meningkatkan penyertaaan Bumiputera dalam pasaran tenaga kerja mahir, selaras dengan hala tuju Tindakan Pembangunan Bumiputera (TPB2030) yang bakal dilancarkan.
"Sebagai sebuah agensi penyelaras utama dalam pembangunan sosio-ekonomi Bumiputera, Teraju menubuhkan Pusat Kecemerlangan Bumiputera (CoE) bagi menyediakan pendidikan dan latihan bermula dari usia awal kanak-kanak sehingga ke peringkat pengajian tinggi, selain program pembangunan profesional lain seperti program celik kewangan, keusahawanan dan kursus pelbagai disiplin untuk Bumiputera," menurut kajian tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 23 2021
Kajian Teraju mendapati penurunan peluang pekerjaan kepada graduan Bumiputera berkenaan antaranya berpunca daripada pengurangan peluang pekerjaan di pasaran sebanyak 29.3 peratus bagi kedua-dua tahun berkenaan. -Gambar hiasan
[TERKINI] Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, keadaan stabil
Tun Abdullah Ahmad Badawi telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara pada Rabu kerana mengalami Small Spontaneous Pneumothorax.
[TERKINI] UM mohon maaf, ambil tindakan segera tangani situasi
Universiti Malaya kesal dengan kenyataan kontroversi penceramah jemputan warga asing yang tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular dalam laman media sosial.
Malaysia-Jepun tekad perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata perjanjian persefahaman dapat membuka peluang kepada pemain sektor pembinaan Malaysia meneroka pasaran Jepun selaras dengan pelaksanaan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dengan kedua-dua negara adalah ahlinya.
Hati-hati akaun fleksibel, guna sewaktu persaraan - Pakar
Pencarum seharusnya lebih berhati-hati dan merancangan kewangan dengan lebih baik susulan pengenalan akuan fleksibel Kwsp yang baharu.
Panel lima hakim Mahkamah Rayuan akan dengar permohonan Muhyiddin
Muhyiddin memohon bagi mendapatkan kebenaran menyemak keputusan panel sebelum ini yang mengembalikan semula empat pertuduhan salah guna kuasa membabitkan RM232.5 juta terhadapnya.
Dua maut kereta terbabas dan terbalik di Kuala Krai
Seorang lelaki dan wanita maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Honda di Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Kampung Pahi, pada Rabu.
MCMC kesan individu salah guna AI, sunting gambar aib - Fahmi
Langkah itu bertujuan membolehkan tindakan tegas diambil serta memastikan keselamatan pengguna dalam talian khususnya kanak-kanak, terjamin.
[TERKINI] Mahkamah: Suspek tembak KLIA dituduh cuba bunuh isteri
Lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) didakwa lagi hari ini di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan termasuk cuba membunuh isterinya.
[TERKINI] Reman terhadap anak seorang MB disambung sehari lagi
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memperoleh tempoh lanjutan tahanan reman terhadap anak Menteri Besar dan empat lagi suspek bagi membantu siasatan pemalsuan dokumen dalam membuat tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
AWANI Ringkas: Akaun 3 KWSP diumum
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Hanya 27 peratus graduan bumiputera peroleh pekerjaan pada 2020 - Teraju
Penurunan peluang pekerjaan kepada graduan Bumiputera berkenaan antaranya berpunca daripada pengurangan peluang pekerjaan di pasaran sebanyak 29.3 peratus bagi kedua-dua tahun berkenaan.