awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
Lebih sejuta dokumen berkaitan kes Jeffrey Epstein ditemukan pihak berkuasa Amerika
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hanya 5 PPV di Lembah Klang sedia suntikan secara 'walk-in' bermula esok

Astro Awani
Astro Awani
15/09/2021
08:52 MYT
Hanya 5 PPV di Lembah Klang sedia suntikan secara 'walk-in' bermula esok
Pelajar Institut Pengajian Tinggi di sekitar Lembah Klang juga boleh mendapatkan suntikan vaksin PPV tersebut. - Gambar fail/ Astro AWANI/ SHAHIR OMAR
KUALA LUMPUR: Perkhidmatan suntikan vaksin COVID-19 secara walk-in kini dihadkan kepada lima Pusat Pemberian Vaksin (PPV) terpilih di Lembah Klang bermula 16 hingga 30 September ini.
Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) dalam satu kenyataan berkata, langkah itu berikutan jumlah kehadiran yang rendah untuk mendapatkan suntikan vaksinasi secara walk-in di PPV sekitar Lembah Klang dan pendekatan quick-win yang diambil bagi mengoptimumkan sumber.
Lima PPV berkenaan ialah Bangi Avenue Convention Centre (BACC), Bangi; Multimedia University (MMU), Cyberjaya; Axiata Arena, Bukit Jalil; Universiti Kuala Lumpur British Malaysian Institute (UniKL British BMI), Gombak dan Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam - HCO B.
"Had kepada hanya lima jumlah PPV ini adalah selari dengan strategi CITF untuk mengoptimumkan sumber bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).
"Walau bagaimanapun, walk-in di negeri-negeri lain akan diteruskan dan orang ramai dinasihatkan untuk mengikuti pengumuman yang dibuat oleh Jabatan Kesihatan Negeri masing-masing untuk maklumat terkini berhubung inisiatif walk-in di negeri masing-masing," kata kenyataan itu pada Rabu.
Kenyataan itu turut menyebut, pelajar Institut Pengajian Tinggi di sekitar Lembah Klang juga boleh mendapatkan suntikan vaksin PPV tersebut.
Selain itu, katanya CITF akan mengadakan perbincangan lanjut bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi penglibatan ProtectHealth Corp Sdn Bhd untuk inisiatif walk-in ini.
"Perbincangan akan tertumpu kepada menyebarluaskan inisiatif walk-in bagi populasi dewasa warganegara Malaysia di klinik pengamal perubatan swasta am (General Practitioner Clinics) di Lembah Klang.
"ProtectHealth dijangka akan mula untuk menawarkan perkhidmatan klinik perubatan swasta yang terpilih untuk walk-in warganegara pada 1 Oktober 2021," tambah kenyataan itu.
Setakat Rabu, 13 PPV masih beroperasi di Lembah Klang dan sebanyak 38 PPV bukan kesihatan telah ditutup sehingga 14 September 2021 di Lembah Klang.
Penutupan PPV ini dibuat setelah CITF meneliti data kadar penduduk Lembah Klang yang masih belum divaksinasi dan kadar kehadiran yang rendah di PPV.
Sementara itu, khas untuk individu yang telah menerima dos pertama di PPV yang telah ditutup di Hulu Selangor dan Kuala Selangor, mereka boleh mendapatkan dos kedua secara walk-in di klinik seperti di bawah:
1. Hulu Selangor
Klinik SP Care Antara Gapi No. 43 & 43A & 45 Jalan Gapimas 1 Laman Gapimas, 48200 Serendah Selangor.
2. Kuala Selangor
Poliklinik Medi Ihsan No 9-G, Jalan Gaya Merak 1 Taman Gaya Merak 45700 Bukit Rotan Selangor.
Poliklinik Medi Ihsan No 7-1 Jalan Makmur 1 Taman Makmur 45500 Tanjung Karang Selangor.
Bagi sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi talian PICK di 1800-888-828
Topic Berkaitan
#COVID-19
#PPV walk-in
#Lembah Klang
#CITF
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan