TANJONG KARANG: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi memperincikan bahawa hanya kumpulan usahawan mikro yang diberi pengecualian bagi pelaksanaan Perintah Gaji Minimum (PGM) 2022 sehingga akhir tahun ini.
"Pengecualian pelaksanaan PGM 2022 telah diputuskan dalam Kabinet. Yang dikecualikan mungkin istilah (perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS)) tetapi kumpulan yang dikecualikan ialah usahawan mikro.
"Tafsiran usahawan mikro ini ialah mana-mana usahawan atau syarikat yang pendapatannya di bawah RM300,000 ke bawah dan mempunyai pekerja tidak lebih lima orang," kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Tan Sri Noh Omar selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di Sekolah Kebangsaan Sungai Burong, di sini hari ini.
Bagaimanapun, Noh berkata pihaknya amat menggalakkan mana-mana usahawan mikro untuk melaksanakan PGM 2022 seiring dengan penguatkuasaannya bermula 1 Mei lepas.
"Kalau ada mana-mana usahawan mikro yang boleh membayar lebih mengikut gaji minimum itu amat digalakkan. Kita tidak mahu kalau ada usahawan tidak mampu.
"Dianggarkan sebanyak 46,000 yang gulung tikar adalah kumpulan usahawan mikro. Apabila dia (usahawan mikro) baru nak bangkit dan kalau kita memaksa mereka untuk membayar gaji minimum RM1,500, saya bimbang mereka akan tertekan," katanya.
Dua hari lepas, Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Awang Hashim berkata majikan yang terlibat dalam PMKS diberi pengecualian pelaksanaan PGM 2022 sehingga akhir tahun ini.
BACA: PMKS dibenar tangguh gaji minimum RM1,500 hingga Disember
Bagaimanapun, Awang berkata majikan terlibat dalam bidang profesional seperti peguam dan doktor tetap perlu mengikut pelaksanaan PGM yang perlu membayar gaji RM1,500 kepada setiap seorang pekerja.
Pada 27 April lepas, kerajaan mewartakan pelaksanaan gaji minimum RM1,500 berkuat kuasa 1 Mei lepas.
Menurut PGM, bagi majikan yang menggajikan lima orang pekerja atau lebih serta majikan menjalankan sesuatu aktiviti profesional dikelaskan di bawah Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO) 2020, kadar gaji minimum RM1,500 berkuat kuasa 1 Mei.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 14 2022

Bagaimanapun, Noh berkata pihaknya amat menggalakkan mana-mana usahawan mikro untuk melaksanakan PGM 2022 seiring dengan penguatkuasaannya bermula 1 Mei lepas. - Gambar fail/BERNAMA

'Ruby' bantu siasatan kematian Zayn Rayyan
Unit K9 Bukit Aman sekali lagi dihantar ke kawasan penemuan mayat kanak-kanak lelaki autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin dekat Apartmen Idaman, Damansara Damai di sini, pada Sabtu.

Tokoh korporat beri sumbang peribadi untuk Yayasan Nicol, Kenneth Low
Tan Sri Mohamad Salim menyampaikan sumbangan peribadi berjumlah RM15,000 kepada Pertubuhan Nicol David dan bekas pemain skuasy negara Kenneth Low.

Pasangan berusia teruja sertai majlis akad nikah beramai-ramai
Program Akad Semarak Ummah 2023 dianjurkan oleh Masjid Darul Hana, Pejabat Agama Islam Bahagian Kuching dan Jabatan Agama Islam Sarawak.

KKM akan teruskan SOP COVID-19 untuk kekang penularan ketika banjir - Dr Zaliha
Kementerian Kesihatan (KKM) akan meneruskan prosedur operasi standard (SOP) di semua pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka akibat banjir bagi mengekang penularan COVID-19.

Isu padang stadium rosak: KBS keluarkan kenyataan minggu depan
Keadaan padang stadium itu tidak banyak berubah dengan terdapat kawasan terjejas teruk hingga memperlihatkan rumput masih kuning dan berpasir.

Polis Pulau Pinang utamakan terima laporan bukan pakaian pengadu
Polis Pulau Pinang menjelaskan keutamaan pasukan itu ialah untuk menerima laporan daripada pengadu dan bukan pakaian pengadu.
Kesedaran tentang rasuah bentuk jati diri bakal pemimpin
Tan Sri Azam Baki berkata, pengetahuan tentang antirasuah dan nilai etika boleh menjadi peringatan dan melindungi bakal pemimpin masa depan daripada terjerumus dalam rasuah.
Isham dipecat kerana masalah disiplin, kritik parti sesuka hati
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menjelaskan pemecatan Ahli Majlis Kerja Tertinggi parti, Isham Jalil adalah kerana masalah disiplin.

Perluas program kahwin secara serentak, bantu tingkatkan kadar kelahiran - Nancy
Penganjuran program akad nikah beramai-ramai secara serentak perlu diperluaskan, bagi memudahkan urusan perkahwinan di Malaysia.

Lebih 30,000 kes penipuan dalam talian babit kerugian RM1.3 bilion - Pengarah JSJK
PDRM menerima sebanyak 32,462 kes penipuan dalam talian bagi tempoh 11 bulan pertama tahun ini dengan nilai kerugian RM1.3 bilion.

Gaji minimum kekal, diperkukuh gaji progresif - Rafizi
Pelaksanaan gaji minimum kekal wajib dilaksanakan dan akan diperkasakan dengan gaji progresif.

Gaji minimum tidak patut dijadi rujukan bayar lepasan ijazah - Rafizi
Gaji minimum RM1,500 tidak sepatutnya dijadikan rujukan atau penanda aras oleh majikan untuk membayar upah pekerja lepasan ijazah, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

Gaji progresif perlu seiring gaji minimum, pelengkap sistem gaji di Malaysia - Pakar
Isu utama berkaitan gaji di Malaysia adalah majikan cenderung untuk menggunakan gaji minimum sahaja untuk menetapkan gaji pekerja.

Tambah baik PWM, tidak perlu tinggal gaji minimum - MTEM
Kerajaan harus menetapkan matlamat jelas untuk memastikan majoriti pekerja akhirnya mendapat gaji yang melebihi gaji kehidupan wajar.

Cuepacs kemuka cadangan gaji minimum RM1,800 bagi penjawat awam lantikan baharu
Cuepacs telah mengemukakan cadangan mengenai gaji minimum penjawat awam bagi lantikan baharu ditetapkan pada RM1,800 sebulan kepada Anwar.

KKDW berhasrat naikkan gaji minimum lepasan TVET
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) berhasrat menaikkan gaji minimum lepasan Pendidikan Teknikal Dan Latihan Vokasional (TVET) daripada RM1,500 kepada RM2,000.

Brunei lancar pelan persaraan baharu untuk kesejahteraan negara
SPK dilaksanakan bagi menggantikan skim Kumpulan Wang Amanah Pekerja dan Pencen Sumbangan Tambahan.

BNM, MoF digesa tentukan taraf gaji di bandar - SPCAAM
Gaji minimum RM1,500 tidak cukup untuk menampung keperluan hidup terutama bagi individu yang bekerja di bandar-bandar besar.

Pembayaran gaji minimum RM1,500 mampu tingkat kesejahteraan hidup pekerja
Pembayaran gaji minimum juga mampu meningkatkan kualiti kehidupan pekerja seperti mengatasi masalah kualiti makanan.

Gaji minimum RM1,500 seluruh sektor beri kelegaan kepada pekerja - MUTC
Lebihan gaji RM300 akan memberi kelegaan dan memberi kualiti hidup yang baik kepada pekerja.