KUALA LUMPUR: Youth Capsule (Y-Capsule) @IYCResidence dilancar hari ini bagi memberi manfaat kemudahan inapan kepada golongan belia yang mencari peluang pekerjaan di ibu negara.
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata kemudahan ini yang akan mula beroperasi Jumaat ini, diberikan kepada golongan sasar berusia 18 hingga 40 tahun dengan kadar RAHMAH hanya RM10 sehari.
"Program ini menyasarkan belia yang berhasrat untuk menjalani latihan industri, pencari kerja dan golongan yang telah bekerja tetapi tidak mempunyai tempat untuk menginap.
"Saya harap ia akan menggalakkan lebih ramai belia memperolehi motivasi untuk mendapatkan pekerjaan khususnya yang datang daripada luar bandar dengan kadar yang murah," katanya pada sidang media selepas melancarkan program berkenaan di sini hari ini.
Fasiliti yang terletak di bangunan sedia ada Pusat Belia Antarabangsa (IYC), Cheras, di sini menyediakan lima bilik dormitori dengan kapasiti 54 katil dan dilengkapi kemudahan lengkap seperti peralatan masak, dobi layan diri, internet serta perhentian bas berdekatan untuk penginap.
Hannah berkata inisiatif di bawah Kementerian Belia dan Sukan menerusi Pengurusan IYC itu diusahakan memandangkan berdasarkan statistik, 38 peratus dari golongan gelandangan di ibu negara merupakan golongan belia berusia 18 hingga 30 tahun.
"Kita susah untuk dapatkan dana untuk bina fasiliti baharu, sebab itu itu kita lihat fasiliti yang sedia ada dan buat seperti program ini.
"Saya gesa agensi kerajaan untuk buka ruang sama seperti ini kepada golongan belia," katanya
Hannah yang juga ahli Majlis Pekerjaan Negara berkata menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, setakat suku kedua tahun ini, daripada 16.15 juta pekerja dalam negara, 6.08 juta ialah belia.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 13 2023
Hannah berkata kemudahan ini yang akan mula beroperasi Jumaat ini, diberikan kepada golongan sasar berusia 18 hingga 40 tahun dengan kadar RAHMAH hanya RM10 sehari. - Gambar KBS
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Hanya RM10 sehari, KBS, IYC laksana kemudahan Inapan RAHMAH kepada belia, pencari kerja
Youth Capsule (Y-Capsule) @IYCResidence dilancar hari ini bagi memberi manfaat kemudahan inapan kepada golongan belia yang mencari peluang pekerjaan di ibu negara.