awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
"Tiada siapa boleh lawan kita" - Trump puji ‘kejayaan ketenteraan luar biasa’ di Venezuela
Cuba dedah identiti 32 anggota maut dalam serangan AS ke atas Venezuela, Washington pertahan tindakan
PM Anwar tiba di Ankara untuk lawatan rasmi tiga hari ke Turkiye
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Hanya tinggalkan RM100' - 30 peratus ahli KWSP keluarkan hampir semua simpanan Akaun 1

Fareez Azman
Fareez Azman
27/02/2021
06:24 MYT
'Hanya tinggalkan RM100' - 30 peratus ahli KWSP keluarkan hampir semua simpanan Akaun 1
Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Tunku Alizakri Alias berkata hampir 30 peratus daripada ahli pencarum KWSP telah keluarkan wang simpanan persaraan mereka di dalam Akaun 1 ketika pandemik COVID-19. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Hampir 30 peratus daripada ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengeluarkan wang simpanan persaraan mereka di dalam Akaun 1 ketika pandemik COVID-19 melanda negara sejak Mac tahun lalu.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tunku Alizakri Alias memaklumkan ini di sebalik kejayaan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memberikan dividen yang agak tinggi kepada ahli-ahlinya meskipun berdepan pelbagai cabaran pada tahun 2020.
"Kita dapati banyak simpanan ahli telah menurun, kita percaya lebih kurang 30 peratus daripada mereka telah keluarkan hampir kesemua wang persaraan mereka di dalam Akaun 1. Mereka cuma terpaksa tinggalkan RM100 di dalam akaun sebagai syarat.
"Kita jangka 60 peratus ahli pula akan menggunakan wang daripada Akaun 2. Akaun ini adalah untuk memudahkan ahli untuk membeli rumah, bil perubatan dan pendidikan serta meningkatkan skil mereka.
"KWSP agak bimbang berkenaan perkara ini, kita akan terus melakukan lebih banyak aktiviti serta kempen kesedaran betapa pentingnya simpanan untuk hari tua," katanya dalam Laporan Kewangan KWSP bagi tahun 2020 pada Sabtu.
BACA: KWSP umum dividen Konvensional 5.2 peratus, Shariah 4.9 peratus
BACA: KWSP terus melindungi simpanan ahli walaupun dilanda krisis sepanjang tahun 2020
KWSP Akaun 1 | 30 peratus ahli telah keluarkan kesemua simpanan
Sementara itu, KWSP turut memaklumkan sebanyak RM18.1 bilion simpanan telah dikeluarkan oleh 5.16 juta ahlinya menerusi Skim Pengeluaran Akaun 2 i-Lestari yang dilancarkan sebelum ini.
Selain itu, KWSP juga turut membenarkan ahli mengurangkan caruman wajib daripada 11 peratus kepada 7 peratus berkuatkuasa April 2020 sehingga Disember 2020.
Ia bagi membantu meringankan bebanan mereka yang terjejas akibat pandemik COVID-19.
KWSP hari ini mengumumkan dividen 5.20 peratus bagi simpanan Konvensional bagi tahun 2020 manakala 4.90 peratus untuk simpanan Shariah.
KWSP umum dividen 5.2 peratus dengan jumlah agihan RM47.64 billion
Topic Berkaitan
#KWSP
#EPF
#pendidikan
#perubatan
#COVID-19
#pandemik
#pencarum
#ahli KWSP
#Simpanan Kewangan
#persaraan
#akaun 1
#akaun 2
#Tunku Alizakri Alias
#CEO KWSP
#i-sinar
#i-lestari
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan