awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Teksi Malaysia di Singapura wajib pasang OBU sebelum pelaksanaan ERP 2 pada 2027
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hanya tujuh kawasan di Klang/Shah Alam masih alami gangguan bekalan air kata SYABAS

Bernama
Bernama
29/06/2014
15:00 MYT
Hanya tujuh kawasan di Klang/Shah Alam masih alami gangguan bekalan air kata SYABAS
SYABAS: Pada masa sama, sebahagian kawasan di Wilayah Hulu Langat masih terputus bekalan dan mengalami tekanan air rendah.
Hanya tujuh daripada 54 kawasan di Wilayah Klang/Shah Alam dilaporkan masih mengalami gangguan bekalan air sehingga kini.
Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) Priscilla Alfred berkata kawasan terbabit ialah Kampung Bukit Lanchong, Seksyen 26, Seksyen 27, Seksyen 28, Seksyen 35, Jalan Kebun Nenas dan UEP/USJ Subang.
"Bagi Wilayah Kuala Lumpur, daripada sejumlah 32 kawasan yang terjejas, kini hanya kawasan Taman Shamelin Perkasa yang masih mengalami terputus bekalan dan tekanan air rendah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata pada masa sama, sebahagian kawasan di Wilayah Hulu Langat masih terputus bekalan dan mengalami tekanan air rendah.
"Gangguan ini tidak dapat dielakkan kerana bekalan air terawat di Loji Rawatan Air Sungai Semenyih dan Sungai Langat tidak dapat menampung permintaan air di kawasan tersebut.
"Kedua-dua loji ini tidak lagi dapat menambah pengeluaran air terawat kerana masing-masing sudah beroperasi di tahap maksimum," katanya.
Dalam perkembangan lain yang membabitkan gangguan bekalan air tidak berjadual di Pulau Ketam dan Sungai Lima, Priscilla berkata kerja-kerja menaikkan paip dari dasar laut yang dalam dan berlumpur masih diteruskan.
Beliau berkata ia dilakukan dengan bantuan kontraktor yang dilantik dan kerja-kerja pembaikan hanya akan dijalankan selepas kerja menaikkan paip itu selesai.
Topic Berkaitan
#air
#priscilla alfred
#SYABAS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan