Haresh Deol dakwa diserang dua lelaki di Bangsar

Haresh berkata, beliau telah membuat laporan polis berhubung insiden berkenaan. - Gambar Instagram Haresh Deol
KUALA LUMPUR: Pengasas portal berita Twentytwo13, yang juga pengulas sukan tanah air, Haresh Deol mendakwa diserang dua individu yang tidak dikenali, ketika di Bangsar, Kuala Lumpur pada Selasa.
Ringkasan AI
- Haresh Deol, pengasas Twentytwo13, diserang oleh dua individu yang tidak dikenali di Bangsar, Kuala Lumpur, sewaktu beliau mengkritik skandal yang melibatkan FAM.
- Pengamal media itu membuat laporan polis berhubung insiden serangan yang diakui sebagai kali pertama berlaku terhadapnya dalam 25 tahun dalam bidang kewartawanan.
- Haresh secara konsisten mengkritik FIFA dan FAM berkenaan kegagalan tadbir urus, ketelusan, dan integriti dalam isu pemain naturalisasi.
Sementara itu isterinya, Pearl Lee, yang juga seorang pengamal media berkata, insiden itu merupakan kali pertama seumpamanya berlaku terhadap Haresh sepanjang 25 tahun dalam bidang kewartawanan.
Haresh, yang juga Timbalan Presiden Kelab Wartawan Nasional (NPC) secara konsisten mengkritik FIFA dan FAM kerana kegagalan tadbir urus, ketelusan, dan integriti dalam isu pemain naturalisasi.
Dalam artikel Twentytwo13 bertajuk “Fifa exposes FAM’s shame, Malaysians deserve answers”, Haresh menyifatkan pendedahan FIFA sebagai tamparan hebat kepada Malaysia, mengutuk mentaliti “kami tahu apa yang terbaik” dalam FAM dan menuntut bukti sahih warisan pemain.
Beliau menegaskan bahawa isu tersebut bukan sekadar teknikal tetapi melibatkan pemalsuan dokumen dan kegagalan institusi.
Haresh juga menzahirkan pandangan bahawa apabila perkataan seperti “forgery” dan “citizenship” muncul bersama, ia bukan lagi isu bola sepak semata-mata tetapi soal kepercayaan awam terhadap badan sukan.
Sewaktu sidang media pertama FAM pada 17 Oktober 2025 selepas FIFA mengenakan sekatan, Haresh menyifatkan sesi itu sebagai “kajian kes komunikasi krisis yang gagal” kerana FAM hanya membaca kronologi tanpa menjawab persoalan utama.
Tambahnya lagi, beliau meninggalkan Wisma FAM dengan lebih banyak soalan berbanding jawapan, menekankan bahawa sidang media tersebut menggambarkan kegagalan kepimpinan dan mesej yang kabur.
Sewaktu ditemubual agensi berita Al-Jazeera dan audio siar antarabangsa, Haresh berkata, beliau mengkritik “obsesi mendapatkan pemain asing untuk keputusan segera” sebagai budaya jalan pintas yang merosakkan pembangunan bola sepak jangka panjang.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah yang berlaku kepada Haresh Deol di Bangsar, Kuala Lumpur? A: Haresh diserang oleh dua individu yang tidak dikenali sewaktu beliau mengkritik skandal yang melibatkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
- Q: Apakah tindakan yang diambil oleh Haresh selepas diserang? A: Haresh membuat laporan polis berhubung insiden serangan tersebut.
- Q: Mengapa insiden serangan tersebut menjadi perhatian? A: Insiden tersebut merupakan kali pertama berlaku terhadap Haresh sepanjang 25 tahun dalam bidang kewartawanan, menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan beliau dan kebebasan bersuara.
- Q: Apakah pandangan Haresh terhadap kegagalan tadbir urus dan integriti FAM? A: Haresh secara konsisten mengkritik FIFA dan FAM berkenaan kegagalan tadbir urus, ketelusan, dan integriti dalam isu pemain naturalisasi, menuntut bukti sahih warisan pemain.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

