SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor menerusi Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) menetapkan harga siling runcit ayam standard RM8 sekilogram di semua premis jualan di bawah seliaan agensi itu.
Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, sebagai permulaan sebanyak 50,000 ekor ayam standard akan diperuntukan bagi tempoh dua minggu bermula Isnin ini.
Ia melibatkan dua premis jualan utama iaitu di Pasar Borong Selangor, Seri Kembangan dan Wisma PKPS di sini.
Katanya lagi, inisiatif tersebut dilaksanakan menerusi Program Intervensi Harga Makanan Ehsan dengan peruntukan sebanyak RM1 juta bagi mengawal peningkatan harga makanan di Selangor.
"Apa yang kita akan lakukan ialah penjual-penjual di outlet bawah PKPS ini kita tawarkan jual ayam dengan harga RM8 dan kos itu ditanggung semua oleh PKPS melalui dana RM1 juta yang diperuntukan dengan mengurangkan sewa-sewa tapak.
"Secara tidak langsung mereka dapat berniaga dengan keuntungan masih dikekalkan tetapi pembeli-pembeli juga dapat harga lebih munasabah berbanding harga ayam yang melonjak naik dan membebankan.
"Selepas ini kita akan turut memanjangkan program ini ke lokaliti-lokaliti seperti DUN-DUN (Dewan Undangan Negeri) tertentu yang memerlukan program ini berdasarkan jadual-jadual yang akan disusun," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media khas jualan ayam murah di Wisma PKPS pada Sabtu.
Katanya, melalui inisiatif tersebut setiap pelanggan dihadkan untuk pembelian dua ekor ayam sahaja, di mana PKPS mampu menyediakan sehingga 540,000 ekor ayam dalam tempoh tiga bulan.
Amirudin turut memberi jaminan bahawa bekalan ayam di Selangor akan mencukupi sehingga musim perayaan.
"Insya-Allah saya yakin dengan apa yang dilakukan kita cukup, cuma kita nak tengok supaya harganya tidak melambung naik dan membebankan rakyat," ujarnya lagi.
Selain daripada ayam, Amirudin berkata penjualan murah bagi telur gred berkualiti juga akan dijalankan dengan menggunakan kaedah kawalan harga yang sama.
Setakat ini, ujarnya, bekalan telur di negeri itu berada pada tahap yang mencukupi.
Bagaimanapun, tegas Amirudin, langkah yang dilakukan oleh kerajaan negeri bukan bertujuan untuk mengganggu pasaran.
Hasimi Muhamad
Sat Feb 05 2022
Menurut Datuk Seri Amirudin Shari, sebagai permulaan sebanyak 50,000 ekor ayam standard akan diperuntukan bagi tempoh dua minggu bermula Isnin ini. - Gambar Astro AWANI
TNB perkenal sistem FARA bagi mengurus risiko banjir
TNB perkenal sistem FARA untuk urus risiko banjir, pastikan keselamatan aset dan pengguna.
Banjir: 444 mangsa terjejas di empat negeri
Perak kekal mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 220 mangsa daripada 68 keluarga dan ditempatkan di dua PPS.
Anda kelak boleh seru Google Gemini dengan memanggil 'Hey, Gemini'
Gemini iaitu chatbot AI Google yang secara perlahan akan menjadi pembantu maya/digital baharu menggantikan Google Assistant.
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
KPDNHEP sahkan berlaku kenaikan harga ayam pada 4 hingga 19 Jun
Harga ayam naik antara 10 sen dan RM1.50 dalam tempoh antara 4 Jun hingga 19 Jun lepas berdasarkan maklum balas diberikan peniaga, kata KPDNHEP.