Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan hari ini menetapkan harga ayam standard pada kadar RM7.70 sekilogram semasa skim kawalan harga musim perayaan tahun ini.
Menterinya, Datuk Hasan Malek berkata harga tersebut yang turun sebanyak 70 sen daripada harga purata runcit akan dilaksanakan selama 17 hari bermula 26 Julai ini.
"Skim ini akan berakhir pada 11 Ogos iaitu hari raya ketiga dan dilaksanakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011," katanya pada sidang media di sini pada Jumaat.
Mengenai penetapan harga ayam, beliau berkata pengusaha dan pengeluar ternakan ayam telah bersetuju dengan penetapan harga itu pada mesyuarat Rabu lepas dan menjamin bekalan ayam adalah mencukupi untuk Aidilfitri bulan depan.
Hasan berkata tahun ini pihak kementerian telah mengenal pasti sebanyak 20 jenis barangan untuk ditentukan harga maksimum di bawah skim kawalan harga itu.
Antara 20 jenis barangan makanan yang dikawal ialah Ayam Super, Ayam Standard, daging lembu tempatan, daging lembu import dan daging kerbau import dari India, jelasnya.
Dalam pada itu, para peniaga diwajibkan menjual barangan harga terkawal tidak melebihi harga maksimum yang ditetapkan kementerian dan meletakkan tanda harga berwarna merah jambu bagi membezakan dengan barangan keperluan lain, katanya.
Ditanya mengenai sama ada barangan keperluan lain mencukupi sempena Aidilfitri, Hasan berkata berdasarkan rundingan dengan pemborong, pembekal dan pengimport bekalan keperluan barangan makanan utama adalah mencukupi.
Dalam perkembangan lain, Hasan berkata seramai 287 peniaga dikenakan kompaun berjumlah RM31,800 semasa Operasi Pemantauan Harga Barang (Ops Harga) di seluruh negara dari 6 Julai hingga semalam.
"Sepanjang tempoh itu, 62,672 pemeriksaan dilakukan dan nilai rampasan sebanyak RM56,119. Kebanyakan peniaga melakukan kesalahan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011, Akta Pelindungan Pengguna 1999 dan Akta Timbang dan Sukat 1972," katanya.
Menurut Hasan, Ops Harga itu adalah untuk memastikan para peniaga tidak mengambil kesempatan menaikkan harga bagi mengaut keuntungan berlebihan ketika permintaan sesuatu barangan meningkat.
Beliau meminta orang ramai bekerjasama dengan kementerian dengan melaporkan sebarang kesalahan yang dilakukan oleh peniaga dengan menghubungi di talian bebas tol 1-800-886-800.
Bernama
Sat Jul 20 2013
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Pindaan garis panduan lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah pada tahun lepas bagi mengukuhkan pembelajaran di luar kelas, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Kebajikan pendidikan anak-anak dijaga sehingga tamat sekolah - KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia akan memastikan kebajikan pendidikan anak-anak 10 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, Perak, terus dijaga sehingga mereka tamat persekolahan.
Chegubard ditahan polis berkaitan hantaran mengenai kasino di Forest City
Chegubard ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini berkaitan hantaran mengenai pengoperasian kasino di Forest City pada Sabtu.
Zahid minta pihak dalam BN buka "buku baharu"
Ahmad Zahid menegaskan senario politik tanah air sudah berubah dan terdapat banyak video lama dari parti lawan yang meminta pengundi menyokong DAP.
Malaysia kongsi pengalaman dalam usaha berterusan mempertahan Palestin
Delegasi negara akan berkongsikan peranan Malaysia dalam usaha berterusan mempertahankan nasib Palestin dalam Persidangan Liga Parlimen Al-Quds kelima yang berlangsung di Istanbul, Turki pada Sabtu.
Universiti Malaya mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia
Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung kenytaaan tidak bertanggungjawab Profesor Dr Bruce Gilley pada 24 April lalu.
Genting Malaysia nafi terbabit perbincangan
Selepas Berjaya Corporation Bhd dan Kerajaan Negeri Johor, kini Genting Malaysia Bhd pula menafikan sebarang penglibatan dalam perbincangan mengenai pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 April 2024.
[KOLUMNIS] Telur oh telur
AYAM penelur hanya dapat bertelur apabila mencapai usia 18 - 20 minggu.
Lima syarikat pengisar makanan ayam dikesan terbabit perjanjian antipersaingan, langgar Akta 712 - MyCC
Siasatan mendapati maklumat perdagangan sensitif telah dikongsi antara syarikat terbabit yang dilihat berpotensi mengganggu persaingan dalam pasaran.
Koperasi digalak terlibat dalam ternakan dan import ayam - Noh Omar
Semua koperasi di negara ini digalakkan terlibat dalam sektor ternakan dan import ayam dalam memastikan bekalan dengan harga lebih murah dapat diberikan kepada rakyat.
Usahawan FELDA : Nik Agro Farm sasar pengeluaran 15,000 anak ayam kampung asli
Permintaan terhadap ayam kampung adalah sangat tinggi dan sering menjadi pilihan kepada mereka yang mementingkan nutrisi terbaik.
Kerana seekor ayam, lelaki ini didenda RM813
Seorang lelaki berusia 83 tahun didenda sebanyak AS$194.77 (RM813) kerana ayam jantan miliknya berkokok tanpa henti pada waktu pagi.
Ayam murah di Dungun punya sijil halal - Exco
Ayam yang dijual dengan harga murah di sebuah pasar raya di Dungun sejak beberapa bulan lepas disahkan mempunyai sijil halal dan diimport dari China.
Harga ayam dan Akta Persaingan 2010
Saban tahun kita disajikan dengan harga ayam yang meningkat naik terutamanya ketika musim perayaan. Dimana puncanya? Apa pula peranan Akta Persaingan 2010?