KUALA LUMPUR: Usah hanya melihat kepada cara menurunkan harga barang, sebaliknya naikkan pendapatan rakyat setara dengan kenaikan kos makanan, perubatan, dan pendidikan.
Demikian kata Presiden Dewan Perniagaan Digital Malaysia Chris Daniel Wong yang berpendapat kerajaan perlu melihat perkara ini demi mengurangkan beban rakyat.
"Kita asyik lihat bagaimana untuk menurunkan harga barang. Kita kena tahu bahawa harga barang tidak akan turun kerana ada faktor lain yang membuatkan harga barang naik.
"Pertama sekali faktor kos pekerja. Apabila gaji minimum dilaksanakan maka kos pekerja naik.
"Kos elektrik kita naik, jadi apabila kos elektrik naik, kos lain juga akan naik seperti kos pengangkutan dan sebagainya.
Sementara itu Chris berkata kerajaan perlu mengembalikan pelan 'knowledge economy' yang pernah dilaksanakan dahulu demi mengurangkan beban rakyat.
"Paksi lain ialah kita harus lihat selain meningkatkan pendapatan rakyat.
"Kalau kita lihat 15 ke 20 tahun lampau, kita ada satu pelan 'knowledge economy' iaitu bagaimana kita boleh meningkatkan kemampuan daya saing negara dan seterusnya meningkatkan pendapatan rakyat," katanya kepada Astro AWANI.
Tambahnya, selain kos makanan atau bahan mentah makanan, kos pendidikan dan juga perubatan juga perlu menjadi fokus seterusnya.
"Pada masa sekarang ini kita berterima kasih kepada kerajaan Malaysia kerana melihat dulu kepada kos makanan atau bahan mentah makanan.
"Yang seterusnya kita perlu lihat kepada kos pendidikan dan juga kos perubatan di mana makin hari makin melambung dan tidak terkawal.
"Jadi kita kena pantau semula kos pendidikan dan kos perubatan yang melambung tinggi," katanya.
Faida Rahim
Thu Feb 09 2023
Kerajaan perlu mengembalikan pelan Knowledge Economy yang pernah dilaksanakan dahulu demi mengurangkan beban rakyat. -Facebook Chris Daniel Wong, Nation Building
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Pelajar Malaysia di Syria selamat
Pelajar Malaysia di Syria maklumkan mereka dalam keadaan selamat.
Harga barang tidak akan turun, bantu rakyat dengan naikkan gaji - Penganalisis politik
Usah hanya melihat kepada cara menurunkan harga barang sebaliknya naikkan pendapatan rakyat setara dengan kenaikan kos makanan, perubatan dan pendidikan.
Online scam: DPDM sambut baik kerjasama Malaysia, Singapura tangani isu
Chris Daniel Wong berkata pihaknya menyambut Kerjasama perkongsian maklumat dan kepakaran dalam menangani isu 'online scam'.
2022 penuh kesamaran, kerajaan perlu ambil peranan yakinkan rakyat
Kerajaan perlu cari jalan untuk mengurangkan masalah yang dihadapi rakyat terutama peniaga, supaya mereka boleh terus berniaga.
Kerajaan baharu perlu kembalikan keyakinan pelabur terhadap Malaysia
Pelabur juga akan yakin terhadap negara jika kerajaan baharu mampu membuktikan pentadbiran yang stabil dan kekal sehingga PRU nanti.
Normal Baharu PKS: Bank perlu percepatkan kelulusan pinjaman, ketepikan CTOS dan CCRIS
Soal kelulusan pinjaman sepatutnya bukan masalah kerana ia dijamin oleh kerajaan dan Credit Guarantee Corporation Malaysia (CGC).