Setiap kali tiba musim 'raja buah' pasti ada pengguna yang mengeluh, apabila merasa diri mereka tertipu selepas membeli durian pada harga tinggi sedangkan kualitinya tidak seberapa.
Lebih mengecewakan, apabila pulang ke rumah mendapati bahawa buah durian yang dibeli mengkal (tidak masak), busuk, tawar, isi berwarna putih dan sebagainya.
Presiden Persatuan Pengguna Melayu Malaysia (PPMM) Leftenan Kolonel (B) Che Hassan Che Johan berkata, sudah tiba masanya pihak kerajaan campur tangan memperkenalkan harga siling buah durian klon, mengikut gred.
"Sebagai contoh harga buah durian jenis Musang King mempunyai gred A, B dan C, harga siling ditetapkan berdasarkan gred buah dan tindakan diambil kepada peniaga menjualnya lebih tinggi daripada harga yang telah ditetapkan," katanya kepada Bernama di sini baru-baru ini.
Beliau mengulas laporan media sebelum ini, mengenai sikap segelintir peniaga durian yang menjual buah tersebut, mengikut model kereta yang digunakan pembeli.
"Bukan semua orang mampu membeli durian, lebih-lebih lagi mereka mempunyai anak yang ramai.
"Sebagai contoh apa perasaan seorang ayah kepada lima orang anak yang hanya mampu membeli sebiji dua buah durian tetapi apabila pulang ke rumah mendapati buah yang dibeli rosak atau isinya keras," katanya.
Che Hassan berkata, alasan yang diberikan harga durian tidak boleh dikawal kerana ia buah bermusim adalah tidak wajar lagi.
Beliau menasihati pengguna agar membawa bekas ketika membeli buah durian agar mereka tidak mudah tertipu.
"Nasihat saya apabila beli buah durian, jangan bawa balik sekali dengan kulit, sebaliknya kupas durian dan letak isi dalam bekas terlebih dahulu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 08 2020

Che Hassan menasihati pengguna agar membawa bekas ketika membeli buah durian agar mereka tidak mudah tertipu. - Gambar hiasan

Balak Asli | Kelantan perlu pelbagaikan sumber pendapatan selain balak
Aktiviti pembalakan di kawasan Hulu Kelantan akan terus berjalan kerana kerajaan negeri bergantung kepada hasil pembalakan. Menurut Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah beliau bersimpati dengan nasib penduduk Orang Asli di kawasannya yang terjejas dengan masalah pembalakan sejak berpuluh tahun lalu.

Nur Jazlan ada gangguan psikologi - Mohd Amar
Mohd Amar berkata ketiga-tiga menteri dari Pas menunjukkan prestasi yang membanggakan dalam kerajaan.

Niaga AWANI: Pelaburan | Unjuran separuh kedua 2022 dan cabaran utama

Niaga AWANI: Suku tahun pertama 2022

AFCON 2023 ditunda ke Januari 2024
Kejohanan itu sepatutnya diadakan di Ivory Coast pada waktu rehat kejohanan-kejohanan di Eropah tahun depan.

Bilik angkasa lepas daripada bahan kitar semula
Bilik yang dinamakan sebagai Alpha Aerospace itu, pada asalnya merupakan Bilik Pendidikan Bahasa Arab J-QAF.

AWANI Pagi: Kelebihan pertanian kendiri
#AWANIpagi berbincang isu pertanian pintar bersama Pengasas Kumpulan Penyelidikan Kejuruteraan Makanan dan Biobahan, UTM, Professor Dr Ida Idayu Muhamad.

Pasca COVID-19: Trend percutian, pelancongan semakin berubah
Sktor pelancongan dan pelancongan yang lebih inklusif dan berdaya tahan perlu dibina.

AWANI Pagi: Usahawan FELDA | Nik Agro Farm sasar pengeluaran 15,000 anak ayam kampung
#AWANIpagi membincangkan isu sekuriti makanan, antaranya agensi yang terlibat dalam agenda sekuriti makanan, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA).

Ketua NASA dakwa China mahu tuntut bulan
China sebelum ini menyatakan bahawa ia merancang untuk menghantar angkasawan ke bulan menjelang tahun 2025.

Benarkah gastrik sakit 'bermusim'? Sering 'muncul' di bulan Ramadan...
Individu yang berdepan masalah gastrik boleh melatih diri termasuk membuat persiapan sebelum tiba bulan Ramadan.

Gunakan trend carian dalam talian untuk mengenal pasti peluang perniagaan
Amalan terbaik penggunaan Google Trends untuk meneroka apa yang menjadi perhatian utama pengguna anda dan cara menyesuaikan usaha pemasaran anda untuk memenuhi keperluan mereka.

KDNK Singapura berkembang 0.2 peratus pada suku pertama 2021 - Anggaran awal MTI
Ekonomi berkembang sebanyak 2.0 peratus, meneruskan pengembangan 3.8 peratus pada suku tahun sebelumnya.

COVID-19: Teruskan tekanan terhadap virus ini - WHO
Setakat ini apa yang ketara adalah jika tekanan tidak diberikan kepada virus itu, ia akan kembali menular.

Harga durian perlu dikawal agar pengguna tidak terus tertipu - PPMM
Che Hassan berkata, sudah tiba masanya pihak kerajaan campur tangan memperkenalkan harga siling buah durian klon, mengikut gred.

Kerjasama Pas dan UMNO tidak bermusim - Muslimat Pas
Beliau berkata kerjasama itu telah dipersetujui di peringkat PAS pusat dan selari dengan tuntutan Islam supaya bantu membantu dalam menjaga kebajikan rakyat dan ketakwaan.

Tuduhan 'makan dedak' ibaratkan penerima seperti haiwan
Datuk Zahari Sarip berkata sejak kebelakangan ini, parti pembangkang mula masuk ke pelusuk kampung dan pekan menyalurkan barangan keperluan secara percuma kepada rakyat bagi mengabui mata rakyat.

PRU14: Pengusaha kereta sewa terima tempias bahang pilihan raya
Jumlah tempahan meningkat mendadak hingga dua kali ganda berbanding hari biasa sejak seminggu lalu.

Kerajaan bela ibu tunggal bukan retorik - Shamsul Anuar
Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Malaysia Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, kerajaan sentiasa membela golongan ibu tunggal malah wanita secara keseluruhan sejak dulu lagi.

512 pelajar terkena jangkitan ILI semakin pulih
Seramai 245 pelajar dari enam sekolah sebelum ini yang diisolasikan di dalam bilik asrama akan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing dalam masa terdekat.