awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Harga gula kekal pada RM2.84 sekilo - Hamzah

Astro Awani
Astro Awani
29/11/2016
04:07 MYT
Harga gula kekal pada RM2.84 sekilo - Hamzah
Harga gula kekal pada RM2.84 sekilo biarpun wujud spekulasi mengatakan harga barang keperluan tersebut akan naik. - Gambar fail
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengesahkan tiada kenaikan harga gula pada masa ini walaupun wujud permintaan daripada pengeluar untuk menyemak semula kadar harga barangan komoditi tersebut.
Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, harga gula kekal pada RM2.84 sekilogram (kg) biarpun wujud spekulasi mengatakan harga barang keperluan tersebut akan naik.
"Tiada kenaikan harga gula pada masa ini biarpun ada permintaan daripada pengeluar komoditi itu untuk menaikkan harga bahan berkenaan.
"Jangan percaya viral di media sosial kerana apa juga keputusan , ia mengambil kira kepentingan semua, termasuk pengeluar," katanya menerusi laman Facebook rasmi KPDNKK, hari ini.
Harga sekilogram gula ketika ini adalah selepas kali terakhir kerajaan menjalankan semakan semula pada 2013, di mana sebelum itu harga gula adalah RM2.50 sekilogram.
Topic Berkaitan
#Facebook
#gula
#Hamzah Zainudin
#harga
#KPDNKK
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan