awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Harga gula naik 34 sen kepada RM2.84 bermula hari ini

Azyyati Ahmad
Azyyati Ahmad
26/10/2013
01:35 MYT
Harga gula naik 34 sen kepada RM2.84 bermula hari ini
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaaan Datuk Hasan Malek berkata harga gula akan dinaikkan 34 sen ekoran potongan subsidi gula yang diumumkan dalam Bajet 2014.
Beliau berkata ini menjadikan harga gula kini RM2.84 sekilogram berbanding RM2.50 sebelum ini.
Hasan berkata langkah ini dapat menjimatkan perbelanjaan negara sebanyak RM64.02 juta tahun ini dan RM551.25 juta tahun depan.
"Lebihan penjimatan ini nantilah yang akan digunakan untuk membiayai pembangunan infrastruktur dalam negara di masa depan," katanya kepada Bernama.
Beliau turut memberi amaran agar peniaga tidak menaikkan harga barangan makanan berasaskan gula secara mendadak.
"Kita mesti letakkan kepentingan rakyat lebih daripada segala-galanya, bukannya meletakkan kepentingan keuntungan peniaga itu sendiri, oleh itu, saya minta supaya peniaga juga bersama-sama dalam usaha kerajaan untuk mewujudkan kesejahteraan buat rakyat.”
Sementara itu, pengguna-pengguna Twitter turut memberi pelbagai reaksi mengenai kenaikkan harga gula ini.
Subsidi 34 sen pm kata nak elak diebetes. Kalau p mamak mintak teh tarik kurang gula boleh kurang harga jugak ke. LOL.
— Nurul (@honeyymadu) October 26, 2013
gula naik harga??pi mcd,ambik gula boh dlm beg byk2 jimat2 :P
— Natasya Nadia (@mistachenta) October 26, 2013
Kecoh harga gula naik..hehehe..kurngkn pengambilan gula dlm prmkanan...maniskn dlm senyuman...hahaha
— misspelat ❤ (@QilahMira) October 26, 2013
Kenaikan harga gula utk kebaikan...betuii ke...
— WRXsti61 (@wrxsti61) October 26, 2013
Topic Berkaitan
#Bajet 2014
#Datuk Hasan Malek
#Koperasi dan Kepenggunaaan
#Menteri Perdagangan Dalam Negeri
#Twitter
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan