Fenomena air pasang termasuk hujan lebat yang melanda beberapa negeri termasuk Kedah kini dipercayai menyebabkan kekurangan bekalan barang basah di pasaran sekali gus menyumbang kepada kenaikan harga.
Pengerusi Persatuan Nelayan Kuala Kedah Abdul Hamid Bahari berkata, harga barang basah antaranya ikan dan sotong mengalami kenaikan harga yang mendadak dipercayai akibat kekurangan bekalan.
"Jumlah nelayan yang turun ke laut tidak menentu berikutan keadaan cuaca yang sering hujan dan laut bergelora. Ada masa antara 50 hingga 60 peratus nelayan turun ke laut tetapi apabila cuaca buruk hanya tinggal 20 peratus sahaja nelayan yang turun kerana bimbang dengan keselamatan diri mereka.
"Apabila jumlah nelayan yang turun sedikit maka hasil tangkapan juga berkurangan dan sebab itu ada beberapa barang yang naik harga antaranya ikan kembung yang dijual antara RM12 hingga RM15 sekilogram sedangkan sebelum ini ia boleh dibeli dengan harga RM5 sekilogram," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Katanya, sotong dan udang turut mengalami kenaikan harga antara RM5 hingga RM6 sekilogram bergantung saiz yang sebelum ini sekitar RM4 sekilogram.
Abdul Hamid berkata keadaan itu juga menyebabkan pendapatan nelayan di kawasan Kuala Kedah sedikit terjejas dan berharap keadaan cuaca kembali biasa bagi membolehkan nelayan turun ke laut mendapatkan hasil.
"Walaupun nelayan yang turun ke laut semasa cuaca tidak baik seperti ini tidak mengalami sebarang kemalangan, kita masih bimbang dengan keselamatan diri mereka jadi kita harap cuaca kembali elok supaya kita dapat turun tangkap ikan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 11 2018

Ikan kembung misalnya, kini dijual pada harga antara RM12 hingga RM15 sekilogram sedangkan sebelum ini ia boleh dibeli pada harga RM5 sekilogram. - Gambar hiasan

ASEAN | Kerjasama ASEAN perkukuh undang-undang siber
Negara anggota ASEAN boleh mempertimbangkan pelaksanaan undang-undang mengenai privasi data dan hak pengguna untuk diaplikasikan pada setiap entiti digital di rantau ini. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sudah tiba masanya platform digital dilihat sebagai satu medium yang perlu digunakan dengan rasa tanggungjawab yang tinggi.

COVID-19 | Hospital di Perlis mampu tampung jumlah pesakit
Pusat kuarantin dan rawatan pesakit COVID-19 di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar mencapai tahap 79 peratus. Bagaimanapun, menurut Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man, negeri ini masih lagi mampu menampung jumlah pesakit COVID-19 memandangkan kapasiti di Kolej Jururawat Masyarakat Kangar yang digunakan hanya sekitar 26 peratus.

Samun | Geng samun Ah Boon ditahan
Polis menumpaskan Geng Ah Boon yang terbabit dalam kes samun warga asing Ini susulan penahanan tiga ahli kumpulan itu ditahan, malam Rabu.

ADGMIN1: COVID-19 percepat pertumbuhan ekonomi digital Malaysia - Muhyiddin
Pandemik COVID-19 yang melanda dunia sejak setahun yang lalu telah mempercepat pertumbuhan ekonomi digital di Malaysia.

Jualan kenderaan pada 2020 menurun 74,847 unit berbanding 2019, jangka peningkatan pada 2021
Walaupun terdapat penurunan dua digit dalam TIV, ia pencapaian yang baik bagi industri automotif tempatan.

Zahid Hamidi sahkan negatif COVID-19 selepas hadiri perjumpaan dengan pemimpin UMNO
Ahmad Zahid berkata beliau perolehi keputusan ujian saringan itu awal pagi ini.

TERKINI | Integrasi rentas sempandan

AWANI Ringkas: Bantuan banjir mencukupi hingga tiga bulan

Manfaat bantuan PERMAI kepada usahawan mikro

Ucapan Perasmian Asean Digital Ministers Meeting' (ADGMIN1) oleh Perdana Menteri
Ikuti secara langsung Ucapan Perasmian Asean Digital Ministers’ Meeting (ADGMIN1) oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin

Perubahan cuaca melampau faktor harga sayur seperti tomato, sawi meningkat - Alexander
KPDNHEP memaklumkan pemantauan di beberapa negeri di Pantai Timur mendapati wujud kenaikan harga sayur-sayuran terutamanya Tomato dan Sawi

Subsidi minyak masak kurangkan impak negatif turun naik harga minyak sawit - Khairuddin
Peningkatan harga minyak masak dalam pasaran tempatan masih pada kadar rendah walaupun harga minyak sawit mentah (MSM) meningkat.

COVID-19: Kerajaan perlu campur tangan, kawal selia kos ujian saringan
Satu mekanisme penetapan harga perlu dibuat lantaran ujian tersebut dilihat sebagai satu keperluan pada ketika ini.

Kenaikan harga besi bebankan pemaju, kontraktor
Harga besi yang naik sehingga 30 ke 40 peratus menyebabkan projek sedia ada terjejas dan pemaju tidak mampu untuk menanggung kerugian besar.

KPDNHEP akan kaji kenaikan harga minyak masak botol
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan melihat kepada kenaikan harga minyak masak botol 5 kilogram (kg) sebelum mengkaji kesesuaiannya.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US selepas pengumuman mengenai PERMAI
Peniaga berkata harga minyak mentah dijangka stabil sejajar dengan kemajuan dalam pelaksanaan vaksin COVID-19.

Subsidi minyak masak hanya untuk bungkusan 1 kg - KPDNHEP
KPDNHEP menjelaskan bermula November 2016, subsidi harga minyak masak hanya diberikan kepada bungkusan polibeg satu kilogram (kg).

Harga RON95, RON97 naik 5 sen
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 masing-masing naik lima sen iaitu RM2.19 dan RM1.89 seliter bagi tempoh seminggu bermula tengah malam Sabtu sehingga 22 Januari ini.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US
Pada 9.08 pagi, unit tempatan diniagakan tinggi pada 4.0340/0380 berbanding dolar US daripada 4.0370/0420 semasa ditutup semalam.

Bursa Malaysia kembali pulih berikutan aktiviti belian saham pada harga rendah
Petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 9.91 mata kepada 1,62249 dengan kenaikan hampir secara menyeluruh.