KAJANG: Kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN) akan mengumumkan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) bagi perayaan Deepavali, pada 6 Nov ini.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh berkata kawalan harga itu, akan diletakkan pada harga maksimum berdasarkan keperluan barangan asas musim perayaan dan ia dilaksanakan bersempena perayaan tersebut tidak lama lagi.
"Selalunya kita akan meletakkan harga maksimum untuk barang keperluan asas mengikut perayaan, seperti Deepavali ada barang-barang keperluannya, kalau Tahun Baru Cina, ada barang khasnya.
"Kita akan mengawalnya selama tujuh hari sebelum dan selepas Deepavali, dan pemantauan akan sentiasa dibuat di mana-mana lokasi," katanya selepas tinjauan harga ayam di Pasar Awam Kajang di sini, hari ini.
Sementara itu, bagi pelaksanaan pengapungan harga ayam, Fuziah mengingatkan bahawa pihaknya akan sentiasa membuat pemantauan dan memastikan peniaga dan pengeluar tidak mengambil kesempatan di atas pelaksanaan tersebut.
Beliau berkata sekiranya harga yang ditetapkan oleh peniaga itu tidak munasabah, mereka boleh dikenakan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan, manakala pada pengeluar atau kartel mereka tertakluk pada Akta Persaingan.
"Saya kira ada beberapa peniaga masih tidak berapa jelas berhubung pengapungan harga ayam, sebab ada yang tanya kepada saya apa maksud apung dan ada peniaga yang menambah kos tambahan seperti upah potongan dan sebagainya dan sekiranya berlaku, ia menyalahi undang-undang.
"Kita juga akan mengawal di peringkat pengeluaran menggunakan Akta Persaingan, sebagai contoh apabila berlakunya pakatan antara kartel untuk menaikkan harga di peringkat pengeluaran, bagi memastikan kartel tidak mengambil kesempatan," katanya.
Beliau berkata perkara itu mungkin akan berlaku sekiranya pihak terbabit berpakat menaikkan harga seperti harga makanan ayam di peringkat pengeluaran dan itu akan memberi kesan di peringkat bawah seperti peruncit dan pengguna.
KPDN telah menggerakkan lebih 2,200 orang anggota penguat kuasa di seluruh negara untuk menjalankan pemeriksaan dan penguatkuasaan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (Akta 723), bagi memantau situasi harga ayam yang telah diapungkan mengikut harga pasaran semasa dan memastikan tidak berlaku kenaikan harga yang tidak munasabah.
Pada masa yang sama, KPDN komited dalam menjalankan pemantauan harga barang yang dilaksanakan oleh lebih daripada 900 Pegawai Pemantau Harga KPDN setiap hari, melibatkan hampir 1,500 premis meliputi pasar basah, pasar raya dan pasar raya besar, pasar mini, serta kedai runcit di seluruh Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 03 2023
Fuziah berkata kawalan harga itu, akan diletakkan pada harga maksimum berdasarkan keperluan barangan asas musim perayaan. - Gambar fail
'Jangan ada sikap kawan makan kawan' - Puteri UMNO
Amal turut menyeru pemimpin masa kini mewarisi contoh terbaik kepada generasi baharu hari ini.
ISN fokus R&D sukan berpotensi menjelang Olimpik LA 2028
Institut Sukan Negara (ISN) akan memperkasa program penyelidikan dan pembangunan (R&D) dengan tumpuan khusus kepada sukan berpotensi tinggi di Sukan Olimpik Los Angeles 2028 menggunakan peru
Donald Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Jawatan itu dijangka akan memacu dasar-dasar terhadap beberapa musuh AS termasuk Korea Utara.
Turkiye tegaskan dukungan ke atas Syria pasca konflik
Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan memberi jaminan bahawa Turkiye akan terus berdiri bersama rakyat Syria dalam proses pemulihan dan pembinaan semula negara itu.
Dalam catatannya di X, Erdogan berkata sokongan akan terus diberikan tanpa mengira latar belakang rakyat Syria demi memastikan negara itu bangkit semula sebagai sebuah negara yang aman dan stabil.
Dalam catatannya di X, Erdogan berkata sokongan akan terus diberikan tanpa mengira latar belakang rakyat Syria demi memastikan negara itu bangkit semula sebagai sebuah negara yang aman dan stabil.
Syria fokus pemulihan, tolak konflik baharu dengan Israel
Pemimpin de facto Syria, Ahmad al-Sharaa, pada Sabtu menyatakan bahawa Israel menggunakan alasan palsu untuk mengesahkan serangan terhadap Syria.
Namun, beliau menegaskan bahawa Syria tidak berminat terlibat dalam konflik baharu.
Namun, beliau menegaskan bahawa Syria tidak berminat terlibat dalam konflik baharu.
Piala AMEC: Ekor Harimau diancam penyokong lawan di Stadium Rajamangala akibat provokasi
Situasi tegang itu berpunca daripada kedua-dua pihak yang saling berbalas provokasi tetapi keadaan itu terkawal.
Bayi lelaki berbalut kain ditemui dalam semak belakang surau di Manjung
Siasatan pihak polis mendapati bayi lelaki tersebut ditinggalkan dalam semak dan berbalut dengan kain.
‘UMNO bukan parti yang boleh ditendang, perlu kaji kedudukan dalam kerajaan’ - Dr Akmal
Dr Muhamad Akmal menyifatkan UMNO bukan sebuah parti yang boleh ditendang mengikut sesuka hati.
FBI dedah foto wartawan AS yang hilang di Syria sejak 2012
Gambar tersebut disunting bagi memberi gambaran kemungkinan rupa paras beliau pada usia 40-an.
AWANI Ringkas: Jelajah Dunia BWF 2024 di China
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
8 barang disenarai bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Deepavali
Lapan barangan termasuk bawang merah besar import dan kacang dal Australia disenaraikan di bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Deepavali 2023.
Harga kawalan sempena Deepavali diumum 6 November
Kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN) akan mengumumkan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) bagi perayaan Deepavali, pada 6 Nov ini.
Pelbagai faktor pengaruhi kadar inflasi 2022, diunjur menyederhana sekitar 2.1-2.5%
IHP yang mengukur inflasi utama, mencatat peningkatan 3.3% kepada 124.0 pada November 2021, daripada 120.0 setahun lalu.
Skim Harga Maksimum Hari Raya Puasa berkuat kuasa Rabu ini - KPDNHEP
KPDNHEP akan melaksanakan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa (SHMMP) 2021 berkuat kuasa 21 April hingga 20 Mei ini.
56 peniaga dikena tindakan gagal patuhi skim harga maksimum Tahun Baharu Cina
Datuk Rosol Wahid berkata, semua mereka didapati melakukan pelbagai kesalahan gagal mematuhi peraturan pelaksanaan SHMMP di sekitar Lembah Klang, Johor dan Pulau Pinang.
CAP gesa KPDNHEP pantau kenaikan drastik harga bawang merah
CAP melakukan tinjauan sekitar pasar Pulau Pinang dan mendapati harga bawang merah import dari China, Holland dan Pakistan meningkat daripada RM4.00 kepada RM10.50 sekilogram.
KPDNHEP rekod 57 kes sepanjang Deepavali
KPDNHEP telah mengambil 57 tindakan undang-undang terhadap peniaga yang melakukan kesalahan sepanjang Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Deepavali 2020.
Skim harga maksimum ayam standard dilaksana jika perlu - Nanta
Kerajaan tidak akan teragak-agak untuk melaksanakan skim harga maksimum bagi ayam standard sekiranya masih berlaku kenaikan harga secara mendadak.
KPDNHEP terima hampir 4,000 aduan berkaitan harga barang sepanjang PKP
KPDNHEP menerima hampir 4,000 aduan berkaitan harga barangan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan sejak 18 Mac lepas.
16 barangan harga terkawal musim Deepavali
Sebanyak 16 jenis barangan telah disenaraikan dalam Skim Kawalan Harga Barang sempena sambutan Deepavali pada 6 Nov ini.