Harga buah kelapa yang mencecah sehingga RM2.20 sebiji menjadi punca kenaikan harga santan segar hingga mencecah RM9 sekilogram (kg).
Tinjauan di Pasar Chabang Tiga mendapati harga kelapa parut dan santan segar, masing-masing dijual RM8 dan RM9 sekilogram, berbanding RM7 dan RM8 sebelum ini.
Seorang peniaga Abdullah Ibrahim, 35, berkata jika dahulu kelapa dibeli dari pembekal dengan harga RM1.40 sebiji, namun kini ia naik mendadak malah berkemunginan naik lagi sehingga RM2.40 sebiji.
"Kami bukan sesuka hati menaikkan harga santan, kami beli dengan pembekal dengan harga yang tinggi, jadi kami terpaksa naikkan harga mengikut harga kelapa yang dihantar pembekal.
"Bekalan kelapa yang semakin sukar diperoleh kini memaksa pembekal dan peniaga menaikkan harga," katanya kepada Bernama ketika ditemui di sini hari ini.
Menurutnya, bagi mendapatkan 150kg santan sebanyak 400 kelapa diperlukan dan berikutan permintaan yang tinggi pada hari minggu, beliau memerlukan 600 kelapa.
Kesemua jumlah tersebut digunakan untuk tempoh sehari sahaja dan pelanggan kebanyakannya terdiri daripada pengusaha restoran dan penduduk sekitar.
Abdullah berkata kebiasaannya mereka akan membeli 800 kepala dan ianya mampu bertahan sehingga dua hari.
Sementara itu, seorang peniaga, Mohd Syuzlan Abd Wahab, 28, berkata kelapa biasanya diambil dari Johor yang diimport dari Indonesia manakala bagi kelapa kampung ia diperoleh dari Kelantan dan Terengganu.
"Kelapa kampung ini tidak banyak. Jika ikutkan harga kelapa hari-hari naik dan kita pun terpaksa naikkan harga santan bergantung pada pembekal kelapa," katanya. --Bernama
Bernama
Sun Dec 11 2016
Menurut seorang peniaga, jika dahulu kelapa dibeli dari pembekal dengan harga RM1.40 sebiji, namun kini ia naik mendadak malah berkemunginan naik lagi sehingga RM2.40 sebiji. - Gambar fail
Anwar zahir rasa kecewa dengan perkembangan mutakhir di Gaza
Anwar berkata isu kemanusiaan di Gaza kerap disuarakannya setiap pertemuan dengan mana-mana pemimpin antarabangsa.
PM Anwar ulas isu semasa sepanjang 17 bulan mentadbir Malaysia
Saksikan Program Soal Jawab bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Saluran 501 dan semua platform media sosial Astro AWANI
Madinah dilanda bah teruk
Banjir kilat yang bermula pada Isnin melanda wilayah Al-Ula dan Madinah dengan menyaksikan kenderaan hampir tenggelam dan dihanyutkan arus deras.
Usah terlalu bergantung kepada beras import, Sabah perlu tingkat SSL - Hajiji
Pada 17 April lepas, Kabinet negeri bersetuju menghidupkan semula Lembaga Padi dan Beras Sabah bagi memacu usaha itu.
Lanno Valley diarah tutup bagi tujuan keselamatan - MDBG
Landskap kawasan dikelilingi aktiviti kuari yang aktif dalam radius kurang dari 600 meter itu memberi risiko keselamatan kepada pengunjung.
AWANI Ringkas: Bela nasib pekerja | Gaji penjawat awam bakal diperincikan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PM Anwar gesa segerakan penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig
Beliau berkata adalah penting untuk memberi perhatian dan keprihatinan yang lebih kepada pekerja bagi sektor berkenaan.
Kesuma percepat penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig, laporan interim Jun ini
Steven Sim berkata kajian sedang dilakukan dengan kerjasama Universiti Malaya (UM) sebelum laporan interim dijangka dibentangkan kepada Kabinet menjelang 1 Jun ini.
Malaysia tutup kempen Piala Uber dengan kemenangan 4-1 ke atas Australia
Malaysia mendahului dalam perlawanan pembukaan menerusi pemain perseorangan wanita profesional negara Goh Jin Wei yang menewaskan Tiffany Ho, 21-6, 21-12.
Impak gaji penjawat awam naik lebih 13 peratus
Ketua Ekonomi Buruh di Kementerian Sumber Manusia dan Emiratisasi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Dr Yusof Saari berkata kenaikan gaji penjawat awam bakal memberi impak positif kepada pemulihan ekonomi. #AWANInews
Peniaga naikkan harga santan berdepan tindakan tegas - Hamzah
Peniaga kelapa yang didapati menaikkan harga santan segar dengan sewenang-wenangnya akan dikenakan tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti-Pencatutan 2011.
Harga kelapa punca kenaikan harga santan sampai RM9 sekilo - Peniaga
Harga buah kelapa yang mencecah sehingga RM2.20 sebiji menjadi punca kenaikan harga santan segar hingga mencecah RM9 sekilogram (kg).