awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MOSTI teraju inisiatif AI teknologi pintar bagi daya saing industri
Lula kritik Trump kerana cuba "tadbir dunia" melalui media sosial
Masjid perlu kekal sebagai institusi penyebaran agama, ilmu - Zulkifli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Harga petrol RON97, RON95 tanpa subsidi naik 2 sen, diesel naik 4 sen

Bernama
Bernama
21/01/2026
11:23 MYT
Harga petrol RON97, RON95 tanpa subsidi naik 2 sen, diesel naik 4 sen
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 tanpa subsidi di seluruh negara meningkat dua sen masing-masing kepada RM3.10 dan RM2.54 seliter bagi tempoh 22-28 Jan 2026. - Gambar fail/hiasan/dpa
KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON97 dan RON95 tanpa subsidi di seluruh negara meningkat dua sen masing-masing kepada RM3.10 dan RM2.54 seliter bagi tempoh 22-28 Jan 2026.
Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga diesel di Semenanjung Malaysia juga dinaikkan empat sen kepada RM2.88 seliter bagi tempoh sama manakala Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada RM2.15 seliter.
Harga runcit petrol bersubsidi RON95 di bawah BUDI MADANI (BUDI95) kekal pada RM1.99 seliter.
"Kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#harga runcit petrol
#BUDI95
#diesel
#RON97
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan