awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Musim peperiksaan bukan masa sesuai untuk perhimpunan - MPP UMT
FRIM anjur sambutan Hari Tanah Lembap Sedunia, tekankan pemuliharaan dan kelestarian
Syarikat tempatan perlu tingkat pematuhan piawaian antarabangsa - Ewon
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Harga RON97, diesel di Semenanjung turun 3 sen

Bernama
Bernama
14/05/2025
10:27 MYT
Harga RON97, diesel di Semenanjung turun 3 sen
Harga runcit petrol RON97 dan diesel di Semenanjung Malaysia turun tiga sen iaitu masing-masing ditetapkan pada RM3.07 dan RM2.77 seliter bagi tempoh 15 hingga 21 Mei ini. - Foto hiasan/ETX Studio
KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON97 dan diesel di Semenanjung Malaysia turun tiga sen iaitu masing-masing ditetapkan pada RM3.07 dan RM2.77 seliter bagi tempoh 15 hingga 21 Mei ini.
Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga runcit petrol RON95 dan diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal iaitu masing-masing RM2.05 dan RM2.15 seliter.
MOF menjelaskan penetapan kadar itu dibuat berdasarkan harga runcit produk petroleum mingguan yang menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).
"Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit RON97 dan diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan juga menyokong kestabilan harga," menurut kenyataan itu.
MOF berkata kerajaan juga akan mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#harga runcit petrol
#RON97
#diesel
#turun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan