awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Mangsa ragut warga emas cedera selepas diseret 10 meter di Ketereh
Bekas Ketua Perisikan, pegawai kanan ATM antara didakwa kes rasuah esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Harga RON97, diesel turun 4 sen - MOF

Bernama
Bernama
13/08/2025
11:29 MYT
Harga RON97, diesel turun 4 sen - MOF
Harga runcit RON97 dan diesel di Semenanjung Malaysia turun 4 sen, iaitu masing-masing ditetapkan pada RM3.13 seliter dan RM2.90 seliter bagi tempoh 14 hingga 20 Ogos ini. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Harga runcit RON97 dan diesel di Semenanjung Malaysia turun 4 sen, iaitu masing-masing ditetapkan pada RM3.13 seliter dan RM2.90 seliter bagi tempoh 14 hingga 20 Ogos ini.
Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan keputusan itu seiring dengan perubahan harga pasaran minyak dunia.
Menurut kenyataan itu harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter.
"Harga runcit bagi petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter," menurut kenyataan itu.
Kenyataan MOF itu memaklumkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik.
"Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara," menurut MOF.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#harga runcit petrol
#RON97
#harga minyak
#turun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan