awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelarasan tarif asas kemudahan gas RP3 tidak jadikan harga gas keseluruhan lebih tinggi - FMM
Myanmar tetapkan 25 Januari sebagai pusingan akhir pilihan raya
Kebersihan bandar bukan tanggungjawab kerajaan sahaja - Nga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Harga RON97 naik 30 sen, RON95 dan diesel kekal

Bernama
Bernama
09/03/2022
10:29 MYT
Harga RON97 naik 30 sen, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 naik 30 sen seliter manakala harga RON95 dan diesel kekal bagi tempoh 10 hingga 16 Mac ini. - Gambar fail/ETX
KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON97 naik 30 sen seliter manakala harga RON95 dan diesel kekal bagi tempoh 10 hingga 16 Mac ini.
Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga runcit petrol RON97 naik daripada RM3.45 kepada RM3.75 seliter, manakala RON95 dan diesel masing-masing kekal pada harga RM2.05 dan RM2.15 seliter.
"Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua jenis minyak tersebut telah meningkat melebihi paras harga siling yang ditetapkan," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu turut memaklumkan harga runcit petrol RON97 yang ditetapkan adalah mengikut harga pasaran sebenar.
"Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#RON97
#harga minyak
#harga runcit petrol
#RON95
#diesel
#Kementerian Kewangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan