awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Harga runcit minyak masak sawit tulen dalam botol kekal - KPDN

Bernama
Bernama
08/12/2023
03:00 MYT
Harga runcit minyak masak sawit tulen dalam botol kekal - KPDN
Kerajaan bersetuju mengekalkan harga runcit maksimum minyak masak sawit tulen dalam botol sebagai usaha membantu rakyat meringankan beban kos sara hidup dan menangani isu kenaikan harga. - Gambar hiasan
PUTRAJAYA: Kerajaan bersetuju mengekalkan harga runcit maksimum minyak masak sawit tulen dalam botol sebagai usaha membantu rakyat meringankan beban kos sara hidup dan menangani isu kenaikan harga.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dalam kenyataan hari ini berkata, harga minyak masak botol bagi satu kilogram (kg) kekal pada harga RM6.90, 2kg pada RM13.30, 3kg (RM19.60) dan 5kg (RM30.90), berkuat kuasa hari ini sehingga ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
Kementerian berkata, beberapa langkah proaktif telah diambil bagi membantu pengguna dari terkesan dengan sebarang isu kenaikan harga yang tidak munasabah, melalui inisiatif-inisiatif Kerajaan MADANI.
"Antara inisiatif ini adalah mengekalkan harga runcit maksimum bagi minyak masak tulen dalam botol menerusi Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penentuan Harga Maksimum) (No.13) 2023," katanya.
Pihak yang menjual melebihi harga maksimum boleh diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011, dan jika sabit kesalahan, individu boleh didenda hingga RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, manakala bagi syarikat boleh didenda hingga RM500,000. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Harga runcit
#minyak masak sawit tulen
#Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup
#harga minyak masak kekal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan