awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM siasat rangkaian pusat urut terkemuka disyaki terbabit rasuah, elak cukai
Angka kematian tanah runtuh di Bandung Barat meningkat kepada 53 orang
India pantau situasi virus Nipah selepas wabak berjaya dikekang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Harga runcit petrol, diesel turun dua sen seliter

Bernama
Bernama
10/12/2025
11:28 MYT
Harga runcit petrol, diesel turun dua sen seliter
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 tanpa subsidi di seluruh negara turun dua sen seliter, masing-masing kepada RM3.27 dan RM2.64 seliter bagi tempoh 11 hingga 17 Dis ini. - Gambar fail/ETX
KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON97 dan RON95 tanpa subsidi di seluruh negara turun dua sen seliter, masing-masing kepada RM3.27 dan RM2.64 seliter bagi tempoh 11 hingga 17 Dis ini.
Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia juga turun dua sen kepada RM3.06 seliter, manakala di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter bagi tempoh sama.
Harga runcit petrol bersubsidi RON95 di bawah BUDI MADANI RON95 (BUDI95) turut kekal pada RM1.99 seliter.
"Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit RON97, RON95 dan diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak serta menyokong kestabilan harga," menurut kenyataan itu.
Menurut MOF, penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan adalah menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (Automatic Pricing Mechanism).
Kenyataan itu menyebut kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#harga runcit petrol
#turun
#diesel
#BUDI95
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan